Thursday, November 4, 2010

an ordinary "handwriting" to a special girl like you..


Assalamualaikum dulo...

Pernahkah……
 Suatu hari…..
Bila  berjalan-jalan di pekan-pekan atau bandar-bandar  kemudian kmu melihat seorang gadis dalam usia 20an sedang menjual di dalam sebuah kereta di tepi jalan @ mungkin disebuah gerai di tepi jalan?
Saat itu apakah yang terbayang dalam fikiran kmu?
Apakah pandangan kmu tentang gadis ini?
Mungkin bagi sesetengah orang secara automatic mereka akan terfikir..
“low profile”
“ teda masa depan nie”
“ tidak malukah dia menjual nie”
“ tiada kerja lain ka..”

 Mungkin kmu tidak terfikir  mcm tu.. Tapi saya ingatkan, tidak semua manusia akan berfikiran positive jadi tidak mustahil untuk mereka berfikiran negative…
Daripada “Montage” diatas sebenarnya sy ingin bawa mereka yg sudi membaca untuk berkongsi kisah hidup seorang gadis. Dia bukan siapa-siapa,  
dia bukan anak orang berada,
bukan seorang pemengang ijazah kelas pertama,
 bukan seorang artis,
bukan juga mereka yang berprofile tinggi,
dia cuma gadis biasa.
 Sekali lagi sy ulang, dia hanya gadis biasa…
Tapi luar biasa di mata mereka yg pandai menilai.

Mei sy cerita sikit aktiviti harian gadis nie….  skema sikit yaa…
Bygk’ anda sedang menonton drama TV smbil mkn pop corn …
Start….
1

2

3

Rutin hariannya bermula seawal jam 3 subuh,  ketika gadis lain seusianya masih lena dibuai mimpi gadis ini sudahpun bangun. Memulakan rutin hariannya  dengan membuat beberapa jenis kuih, membungkus mee goreng, nasi lemak dan sebagainya

jam6 pagi : Menghantar tempahan kuih yang dibeli secara borong oleh pengerai lain sebelum
pergi ke tapak jualan.
Lokasi : t’letak berhampiran perhentian bus “pasar filifin”. Kawasan tumpuan orang ramai menunggu bas untuk ke distinasi masing-masing. Selalunya x ya tggu lama2 pelanggan setia yg sememangnya tertunggu-tunggu kehadirannya berpusu-pusu datang untuk membeli, kadang-kadang dia sendiri ‘tidak cukup tangan” untuk melayan pelanggan yg ramai.

Setengah jam kemudian  :  bergegas pula ke tapak seterusnya berhampiran hospital Queen Elizabeth. Perkara yang sama akan terjadi. Untuk memastikan jualan habis di jual dia akan  singgah ke beberapa kawasan pejabat menjual sisa jualan yg masih berbaki.
Pas tu pergi ke pasar, membeli bahan-bahan keperluan bagi jualan keesokan harinya.

Jam 9 pagi :  sampai ke rumah dan melakukan tugasan dirumah seperti biasa. Daripada mengemas rumah, mencuci kain, menyediakan makanan dan sudah tentu membersihkan dapur. Bagi mereka yang pernah menjual sudah tentu faham bagaimana susahnya membersihkan dapur dan peralatan yang digunakan. Lebih kurang mencuci periuk belanga waktu majlis kenduri.

jam12.30 t/hari : mengambil adiknya dari sekolah,  

 jam 2petang :  menghantar ibunya ke tempat kerja.

Jam 3 petang : mula menyediakan barang-barang untuk membuat kuih-muih seperti memotong daun untuk membungkus nasi lemak, membuat inti karipap… dan aktiviti ini berterusan sehinggalah jam 9 malam sebelum dia masuk tidur..  

Sekiranya terdapat tempahan “catering” untuk minuman pagi, makan tengah hari dan minum petang daripada mana-mana pihak. Sudah tentu aktiviti hariannya bertambah rumit… dia terpaksa tidur lewat bagi menyiapkan tempahan “catering” serta barang jualannya esk hari kemudian, bagun seawal mungkin untuk menyiapkan kerjanya. Sebaik sahaja pulang dari menjual dia akan bergegas pula menghantar minuman pagi yang ditempah “catering” sebelum menyediakan tempahan makan t/hari , minum petang dan mungkin jua makan malam. Pada masa yang sama semua aktiviti hariannya akan berjalan seperti biasa walaupun ada kalanya tertangguh, dia terpaksa mencuri masa untuk memastikan kerja yang tertangguh dapat disiapkan pada hari itu

Fuhhhhhhhhhhhhh………penatnyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Catatan rutin harian seorang gadis yang mencari nafkah dengan berjualan ini bukanlah cerita dongeng atau rekaan semata-mata. 
Rutin harian ini sebenarnya dilalui oleh seorang gadis seusia sy merangkap sahabat baik sy sendiri. Pengalaman menghabiskan masa sehari bersama  menyediakan tempahan catering  cukup membuka mata dan fikiran saya. Menyedari satu hakikat “betapa cekal, gigih dan beraninya gadis ini untuk bangun dalam hidupnya” 
 kenangan di anjung senja beberapa hari sebelum plg UPSI.... (^_^)

Mengimbas kembali kenangan bersama.
Kami diketemukan semasa menuntut dalam kelas yang sama di tingkatan enam. Perkenalan yg dimulakan dengan sebuah senyuman , kemudiannya duduk bersebelahan dan Syukuralhamdulillah…..persahabatan itu berlanjutan sehingga kini. Cuma hala tuju kami berbeza.
Sesunguhnya Allah s.w.a menguji hambanya dengan memberikan ujian yang berbeza kepada setiap hambanya.  Selepas tamat tingkatan enam dia tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya m’lihat sendiri betapa besarnya tekanan yang dialami sahabat saya ketika itu. Kegagalan dalam percintaan dan akademik cukup m’buatkk’ dia terumbang ambing dan lemah semangat. Sekian lama terumbang ambing, dia berusaha mencari diri dan semangat yang hilang. Sehinggalah suatu ayat terpancul dari mulut seorang yang bergelar ibu
“sampai bila mahu terus begini, duduk rumah tiada faedah, harap mak bagi semuanya, itupun kalau mak mampu, kamu sudah besar cuba berdikari”.
Ibu mana yang tidak sayang anak, setiap yang terkeluar dari mulut mereka yang bergelar ibu sudah pasti untuk kebaikan anak mereka. Insyaallah redha dan restu ibu pasti akan mengiringi kejayaan anaknya. Saat itu dia mula terfikir kenapa tidak dimanfaatkan saja hobi dan kebolehannya memasak untuk sesuatu yang lebih berfaedah. Dari situlah timbul idea untuk mengisi masanya dengan menjual makanan secara kecil-kecilan.  Bermula dengan menghantar tempahan makanan ringan “hand made” seperti kuih muih dan kerepek dia mula menceburkan diri dalam bidang business secara kecil-kecilan. 
Tidak dapat dinafikan perasaan malu itu wujud pada mulanya, malu untuk berjual di khalayak ramai, malu untuk berhadapan dengan orang ramai, malu dengan pandangan orang lain. Sehinggalah dia akhirnya mampu membuang jauh perasaan malu itu. Baginya tidak perlulah dia merasa malu dan ambil kisah dengan pandangan orang lain, cukuplah semua orang tahu kerja dan rezeki yang diperolehinya adalah dengan cara yang halal.

Bermula dengan menghantar tempahan makanan ringan kepada membuka gerai kecil-kecilan. Sehingga kini dia mampu membekalkan kuih muih  kepada penjual lain yang membeli secara borong, disamping menerima sebarang tempahan kuih muih untuk sebarang perayaan atau majlis tertentu. Perniagaanya gerainya juga semakin bertambah baik dan tidak hanya tertumpu di satu kawasan bahkan semakin berkembang luas serta mempunyai pembeli setia. Perkembangan terbaru bila dia mula menjinak-jinakkan diri dengan “catering” . Alhamdulillah… berkat kegigihan dan usaha dalam setiap apa yang diceburinya pasti akan mendapat sambutan. Sejak kebelakangan ini dia menerima banyak tempahan “catering” dari pejabat-pejabat, sekolah-sekolah mahupun university berhampiran. Sehinggakan kadang kala dia sendiri tidak menang tangan untuk menguruskan tempahan tersebut. Sesungguhya setiap yang ujian yang Allah s.w.a turunkan kepada umatnya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cuma terserah kita sebagai hambanya untuk mencari hikmah disebaliknya.  

Pada masa yg akan datang, dia berharap akan mampu untuk mengupah pekerja untuk meringankan bebannya menguruskan tempahan jualan, berjualan dan catering. Pada masa yang sama berhasrat untuk menerima tempahan catering untuk majlis besar-besaran. Dalam jangka masa panjang pula dia berharap akan membuka sebuah restoran apabila wang simpanannya sudah mencukupi kelak. Baginya biarlah dia mengunakan 100% wang hasil titik peluhnya berniaga kecil-kecilan tanpa mengharapkan bantuan kewangan daripada orang tuanya. Buat masa ini biarlah dia menimbah pengalaman sebanyak yang boleh disamping melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan kelak. Berpegang kepada prinsip hidup
“kejayaan lahir daripada kegagalan”
serta percaya
 “kejayaan hanya dapat dicapai bila seseorang itu mampu bangkit daripada kegagalan”.
 Pernahkah ada mendengar ayat yang berbunyi
 “kejayaan seseorang itu bukan dinilai dari berapa tinggi kejayaan yang mampu dicapai oleh seseorang itu, sebaliknya kejayaan seseorang itu dinilai dari berapa kali seseorang itu mampu berdiri semula setiap kali mengalami kegagalan”.
 
Setiap jalan yang dipilihnya pasti ada sebabnya, mungkin lebih baik dia bermula dari kesusahan agar dia akan menghargai kesenangan yg akan dicapainya kelak. Insyaallah…

Dalam usia yang baru menjejak 21 tahun, anak ke-2 daripada tiga orang adik beradik ini mampu untuk hidup berdikari. Bahkan semenjak memegang “hasil titik peluh sendiri” dia mampu mengambil alih semua perbelanjaan di rumah daripada bayaran air, elektrik, gas, barang dapur, kereta, sehinggalah semua keperluan adik dan ibunya. Bukankah itu yang patut dibanggakan oleh seorang anak bila mampu berbakti kepada keluarganya. 
Kadang kala sy sendiri terfikir, dalam usia semuda itu dia sudah mampu pergi dan berfikir sejauh itu. Berbanding sy sendiri yang masih menuntut dan berharap kepada orang tua. Sehinggakan tidak segan untuk saya katakan dia jauh lebih baik dari golongan lelaki atau perempuan yang sedang sibuk m’gejar segenggam ijazah tetapi 
“tidak pula tahu menilai harga segenggam ijazah”.
at-10-tion u all... nie bukan sekadar gambar hiasan..
gambar nie memiliki nilai seni dan maksud tersendiri,
fikir-fikir dan renung-renungkan.....

Ketika cuti semester,
Seperti biasa kami akan meluangkan masa untuk saling berkongsi cerita…
bersama-sama berjalan di sepanjang pantai,
menghabiskan masa petang di restoran “anjung senja” sambil mengayati pemandangan
matahari terbenam,
sekali sekala m’gimbas kembali kenangan d alam p’sekolah’ , 
kemudian bercerita tentang kehidupan harian…
 setiap kali dia bercerita…
dari lirik matanya ( adakalanya bersinar2, kadang2 redup, kadang2 sayu,)
dari senyumannya..
dari tiap kata-katanya...
saya dapat simpulkan…. Gadis yg sedang duduk d hadapan sy bukan lg gadis yg sy kenal 3 tahun lalu..
seorg gadis yg suka bermain2, cepat putus asa, pendiam, lemah semangat, suka menangis.. 
gadis yg ada di depan sy skrg seorang gadis yg cekal, gigih, tabah, berani, berdikari, banyak mulut sudah…. (^_^) 

sekali lagi sy ulang “Dia yg sy kenali sekarang, bkn lg dia yg p’nah sy kenal dulu” . Benarlah kata org pengalaman mematangkan kita, lagi banyak kita makan garam lagi masin la rasanya?????? Apa nie???.
Apa-apa pun sebagai kwn akan selalu mendoak’ semoga Allah s.w.a akan memberik’ kejayaan kepada kawan sy yg sorang nie. Dia sudah puas dia menangis, semoga suatu hari nanT bila dia menangis biarlah tangisan kegembiraan… amin...

nie dia sahabat yg sy maksudkan.... 

dan ini...... 
nampak glamor d sini ya....


 nie pulak
imej yg terbaru.....
i like it..
soooooo....sweeetttttttt....
(baby nie bukan anak dia ya.. sila abaikan,, walaupun kecomelan itu hak milik semua baby)



To my dear Mellisa Ghani : u r special girl… memiliki daya kekuatan sendiri, daya tarikan sendiri.. kecantikan luaran dan dalam…
Kepada yg sudi membaca “terima kasih” sy ucapk’ kerana sudi “mengagahi” diri anda membaca walaupun byk kesilapan ejaan dan ayat.. 
k laaaaaaaaaaaa... sampai c nie dulu,... 
buy,,,,buy..