Saturday, May 1, 2010

PERANG ARAB-ISRAEL 1948

Assalamualaikum kepada yg sudi membaca..... (sebenarnya penting utk kita sentiasa m'beri salam. Cuma kesedaran tu kurang insyaallah akan dipertingkatkan di masa hadapan)

emmmm..... "post" kali nie sy wat sendiri 100% daripada hasil titik peluh setelah membuat "research", membaca kesemua buku2 rujukan, jurnal, dan rujukan dri internet. Tidak "menciplak" mana2 karya dan Hak Cipta Terpelihara. Sebenarnya nie tugasan sy untuk subjek Islam Di Asia Barat Abad ke19-20. Syukuralhamdulillah.... sy dpt m'yiapk' tugasan sy dgn izin dri-Nya. Sebelum nie sy tdk tahupun tentang Perang Arab-Israel. Walaupun kerap kali sy dgr pembunuhan masyarakat islam Palestin dan"gerakan intifada". Sehinggalah tugasan ini m'bawa sy m'kaji lebih dalam derita di sebalik cerita. Suka saya bawa saudara/saudari utk m'yelami sedikit sebanyak tentang perang Arab-Israel. Sebelum tu klu mo lebih "feel" sy cdgk' saudara/saudari luangkan masa 2 minit clik "link" nie......---->


http://www.youtube.com/watch?v=R7QOEOcIDJk&feature=youtube_gdata

Perang Arab-Israel 1948, atau disebut juga sebagai “perang kemerdekaan” atau “perang pembebasan” oleh orang Israel. Peperangan ini melibatkan Kaum Arab yang merupakan penduduk peribumi di Palestin[1] serta kaum Yahudi yang dianggap sebagai “Jewish” di Palestin. Peperangan yang melibatkan dua pihak ini sebenarnya telah belaku sejak ribuan tahun lagi iaitu sejak zaman Nabi Musa a.s sehinggalah zaman kegemilangan Nabi Muhammad S.A.W, seterusnya kejatuhan empayar Uthmaniyyah dan berlarutan sehingga sekarang[2]. Semua ini disebabkan satu matlamat iaitu merebut bumi Palestin yang sememangnya “Tanah Rahmat”. Selepas pengisiharan sistem mandate (1919) dan deklarasi balfour (1917) Yahudi tanpa segan silu melancarkan strateginya untuk mewujudkan sebuah negara Israel di bumi Palestin yang merupakan milik sah penduduk Arab Islam. Pada masa yang sama penduduk Arab bertindak mempertahankan kedaulatan dan hak mereka keatas tanah milik mereka. Pada tahun 1947, Perserikatan Bangsa-Bangsa memutuskan untuk membahagi wilayah Mandat Britania atas Palestina. Tetapi hal ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah lainnya dan juga banyak negeri-negeri Muslim. Kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Sedangkan kota Yerusalem yang dianggap suci, tidak hanya oleh orang Yahudi tetapi juga orang Muslim dan Kristen, akan dijadikan kota internasional. Lantaran daripada rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku akhirnya telah membawa kepada tercetusnya Perang Arab-Israel yang mana berlarutan sehingga kini. Apabila kita bercerita tentang “perang arab israel 1948” , adalah sukar untuk kita membayangkan keadaan yang berlaku hanya pada ketika itu, sebaliknya perlulah kita lihat faktor-faktor penyebab yang mana menjadi rentetan-rentetan kepada terjadinya perang ArabIsrael 1948. Pada masa yang sama kita lihat peranan pihak-pihak yang terlibat dan seterusnya kita tinjau pula kesan-kesan akibat peperangan tersebut.

FAKTOR-FAKTOR PENCETUS PEPERANGAN

Palestin sebagai “Tanah Rahmat”

Seringkali menjadi persoalan mengapa tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang menjadi rebutan antara kedua-dua pihak? Menyusuri sejarah silam sejak ribuan tahun lampau, tanah tersebut mempunyai sejarah istimewa dan dianggap sebagai “Tanah Rahmat”. Bagi umat islam, di tanah itulah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Kerana sebab itulah tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah bani Israel wujud sejak zaman Nabi Ibrahim lagi[3]. Nabi Musa a.s telah menyelamatkan kaumnya (Bani Israel) dari firaun dan mendiami tanah Palestin tersebut. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah. Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud dan diteruskan oleh Nabi Sulaiman. Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin ditawan oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia. Sejak dari itu, tanah Palestin dikuasai oleh kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan beliau berjaya menubuhkan Empayar Islam dan Palestin diambil kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah. Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church. Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi[4]. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Apabial Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan pada abad ke-19. Menyaksikan rampasan rampasan wilayah-wilayah islam oleh kuasa-kuasa Barat.

Daripada sejarah ini kita dapat lihat bagaimana kepentingan Palestin sebagai “tanah Rahmat” yang menjadi kepentinggan kepada semua pihak yang berkelahi. Semua kuasa-kuasa besar cuba untuk menghancurkan Islam yang dipegang oleh kerajaan Uthmaniyyah. Yahudi cuba untuk merampas tanah penduduk Arab atas faktor sejarah tanah tersebut sebagai “tanah rahmat” dan mereka berhasrat untuk mendirikan sebuah negara sendiri di atas tanah milik penduduk Arab. Dalam usaha penubuhan “negara haram” itu dapat kita lihat rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku didalangi oleh kuasa Barat. Sedangkan penduduk asal tanah Palestin berhempas pulas mempertahankan tanah mereka. Rentetan peristiwa-peristiwa inilah yang menjadi faktor-faktor kepada perang Arab-Israel1948.

Pengenalan sistem Mandat( mandate) selepas perang dunia pertama.

Perang dunia pertama merupakan pertarungan sengit diantara kuasa-kuasa kolonial untuk meluaskan dasar imperialisme mereka. Peperangan ini melibatkan dua kuasa besar, iaitu kuasa tengah yang dianggotai oleh kerajaan Bavaria (Austria dan Prussia-Jerman) di satu pihak lagi negara bersekutu British, Perancis dan Rusia. Bagi British dan Perancis, Perang Dunia Pertama merupakan satu kesempatan yang baik bagi meluaskan empayarnya. Salah satu objektif mereka ialah melemahkan dan seterusnya menamatkan empayar islam yang terakhir iaitu Turki Uthmaniah. Kerana bagi kuasa besar ini kewujudan Turki Utmaniah merupakan penghalang terbesar bagi British dan sekutunya mengukuhkan kepentingan-kepentingan mereka di Timur Tengah. Melalui perang dunia pertama British berharap dapat mengalahkan Turki di Palestin dan seterusnya menduduki Baitul Maqdis (Juruselam).

Perang dunia pertama berakhir dengan kemenangan di tangan kuasa berikat. Kemenangan kuasa berikat (British dan Perancis serta Amerika) telah membentuk apa yang dikenali sebagai mandat (mandate).[5] Mandat dibentuk untuk mengambil alih “tanah-tanah jajahan” Jerman dan Turki yang ditawan semasa peperangan. Sistem mandat dibentuk pada tahun 1919 dan diletakkan di bawa pengawasan Liga Bangsa-Bangsa ( League of Nations) dan selepas perang dunia kedua oleh PBB. Liga Bangsa-Bangsa menyerahkan setiap wilayah kepada kuasa berikat yang menerima tanggungjawab mandat tersebut. Palestin dan Iraq diletakkan di bawah mandat British (British Mandate) dan Syria diletakkan di bawah mandat Perancis (French Mandate).[6] Perang dunia pertama menyaksikan kekalahan Turki dan Jerman, Kejatuhan Turki Uthmaniyyah secara tidak langsung melemahkan sistem pemerintahan umat islam dan seterusnya membuka jalan kepada kemasukan kuasa luar yang telah lama ingin menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah.

Kekalahan Turki Uthmaniyyah dan kelahiran mandat merupakan peluang yang ditunggu-tunggu oleh pihak Zionis iaitu satu satu gerakan yang lahir di atas cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi yang merdeka dan berdaulat di palestin. Gerakan Zionis Yahudi bermula dengan rasminya pada tahun 1897 di Basle dengan Theodor Herzl sebagai Presidennya[7]. Matlamat gerakan zionis adalah seperti yang dinyatakan di dalam kongres yang diadakan iaitu “ to establish for jews - a public and legally assured home in Palestine” (untuk menubuhkan bagi Yahudi sebuah negara yang sah secara umum dan legal di Palestin)[8]. Hal ini kerana usaha gerakan Zionis sebelum ini untuk membeli Palestin dari kerajaan Turki Uthmaniah tidak berhasil. Apabila Palestin jatuh ke tangan British pada Disember 1917 harapan mereka merealisasikan cita-cita mereka semakin cerah.

Zionis yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan pihak British telah mengunakan kesempatan itu untuk memperolehi Pelestin dan mengutarakan hasratnya kepada British. Pihak British kemudiaanya bersimpati dengan hasrat Zionis dan bersetuju menunaikan impian mereka disebabkan dua sebab. Sebab yang pertama, President Zionis yang bernama Theodor Hezl telah digantikan oleh seorang tokoh Yahudi Russia bernama Chim Weizmann[9]. Beliau menetap di England dan semasa perang dunia pertama telah memberi khidmat yang sangat penting kepada kepada kerajaan British. Diamana beliau telah mengunakan kepakarannya sebagai ahli kimia untuk mencipta bahan letupan yang digunakan dalam peperangan dan seterusnya menyumbang kepada kekuatan tentera British. Oleh yang demikian kerajaan British sangup menganugerahkan bumi Palestin sebagai balasan menghargai jasa “Chim Weizmann”.[10] Sebab yang kedua pula ialah Perdana Menteri Llyod George[11] berusaha memenangi organisasi Yahudi di Amerika yang semakin berpengaruh.

Oleh itu kesan daripada perang dunia pertama ini dapat dilihat kejatuhan Turki Uthmaniyyah, digantikan dengan kuasa British dan seterusnya pengenalan sistem mandat. Dengan bertapaknya British di Palestin maka bermulanya era zionis seterusnya dapat kita lihat strategi-strategi yang dijalakan oleh zionis untuk menguasai Palestin dan secara langsung menjadi pencetus kepada perang ArabIsrael 1948.

Penghijrahan Yahudi melalui Deklarasi Balfour.

Bagi merelisasikan harapan untuk memiliki Palestin, Zionis bertindak mengatur starategi untuk membawa masuk masyarakat Yahudi ke bumi Palestin. Author Balfour[12] yang pada ketika itu adalah Setiausaha Luar Kerajaan Britain telah mengutus surat kepada Lord
Rothschild[13] setelah mendapat restu Perdana Menteri Britain, George Lloyd dan diluluskan oleh kabenet British. Surat tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Deklarasi Balfour” iaitu satu inisiatif yang menggalakkan bangsa Yahudi di Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin secara besar-besaran.

Surat bertarikh 2 November 1917 itu berbunyi:

“ I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty’s Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to and approved by the cabinet: His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that shall be done which may prejudice the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country. I should be gratefull if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist federation”

“saya merasa amat sukacita di dalam menyampaikan, bagi pihak kerajaan (British), pernyataan simpati terhadap aspirasi Yahudi Zionis yang telah dikemukakan dan diluluskan oleh Kabinet. Kerajaan berpandangan menyokong pembentukan Palestin sebuah negeri bagi penduduk Yahudi, dan akan berusaha sedaya mungkin untuk merealisasikan hasrat ini, dengan kefahaman tiada sesuatupun yang dilakukan akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan masyarakat bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak dan status politik yang dinikmati oleh orang Yahudi di negara lain. Saya amat berbesar hati jika deklarasi ini dibawah ke pengetahuan Pertubuhan Zionis”

Zionis sebenarnya disokong kuat oleh British dalam merealisasikan impiannya memiliki Palestin. Kerajaan British telah berselindung di sebalik Deklarasi Balfour untuk menjustifikasikan sokongannya ke atas aspirasi Zionis di Palestin. Sekiranya dilihat isi Deklarasi Balfour itu sendiri

“View with favour the establishment of a national home for the Jewish people in Palestine” ( kerajaan berpandangan menyokong pembentukan di Palestin sebuah negeri bagi penduduk Yahudi) tetapi di tempat yang lain menyebut “the British now promised to protect the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine” ( Kerajaan British sekarang berjanji akan mempertahankan hak-hak sivil dan keagamaan masyarakat bukan Yahudi yang sedia ada di palestin)[14].

Dengan kenyataan tersebut, kerajaan British telah menukarkan status 92% penduduk Arab Palestin yang merupakan golongan majority dan penduduk yang sah di Tanah air mereka sendiri kepada status bukan Yahudi “non-Jewish”. Daripada tindakan itu menyebabkan mereka yang merupakan penduduk asal tidak lagi menikmati status penduduk pri-bumi dan Palestin kini menjadi hak istimewa masyarakat Yahudi yang merupakan etnik minoriti di Palestin semasa pentadbiran Utmaniyah. Daripada catatan rasmi, jumlah imigran Yahudi meningkat dari 100.00 pada tahun 1920an menjadi 232.00 pada tahun 1930an. Pada tahun 1939, jumlah penduduk Palestin berjumlah seramai 1.5 juta termasuk 445.00 orang yahudi[15] menunjukkan peningkatan daripada 10% kepada 30% jumlah penduduk asal dalam tempoh 10 tahun.

Sememangnya pendudukan Zionis di Palastin merupakan satu usaha untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri ini dapat dilihat daripada kenyataan Chaim Waizmann kepada Setiausaha Negara Amerika

“ ...define the Jewish national home to mean the creation of an administration which would arise out of the natural condition of the country- always safeguarding the interests of the non-Jew of the country- with the hope that by Jewish immigration, Palestine would ultimately become as Jewish as England is English” (“.. mentafsirkan negara yahudi sebagai kewujudan sebuah pentadbiran yang lahir daripada cita semulajadi sebuah negara- yang sentiasa memelihara kepentingan rakyat bukan berbangsa Yahudi. Negara tersebut dengan harapan melalui Imigrasi bangsa Yahudi, Palestine akhirnya bersifat Yahudi sebagaimana England bersikap Inggeris...”).

Ayat ini bermaksud mereka mempunyai keinginan untuk menguasai Palestin dan kemudiaanya akan membentuk negara Yahudi melalui asimilasi dengan penduduk tempatan. Kemasukan Zionis bukan sahaja menyebabkan hak rakyat Palestin diketepikan tetapi juga kewujudan mereka tidak diendahkan. Mereka berusaha melenyapkan Palestin dan penduduk asalnya. seperti mana yang diucapkan oleh Golda Meir, Perdana Menteri Israel ;

“There was no such thing as a Palestinian people...it is not as though there was a Palestinian people and we came and throw them. They did not exist’ (Tidak wujud apa yang dikatakan sebagai rakyat palestin. Ia tidaklah seakan-akan wujud apa yang dikatakan sebagai rakyat Palestin dan kemudian kami datang dan mengambil alih negara mereka. Mereka tidak wujud)”[16]

Penghijrahan Yahudi secara besar-besaran dari Eropah merupakan satu perancangan tersusun oleh golongan Zionis dengan sokongan kuasa-kuasa besar bagi melahirkan cita-cita negara Yahudi di Palestin. Masyarakat Arab Palestin yang merasa terancam dengan perancangan tersebut telah melancarkan beberapa rusuhan dan menyerang komuniti-komuniti imigran Yahudi. Insiden pertama berlaku pada bulan Mei 1920 di baitul Maqdis dan berlanjutan pada bulan Mei 1921 di Jaffa. Namun penentang itu masih berada di tahap awal. Zionis yang mula menyedari penentangan dari pada masyarakat arab Palestin mula mengubah rentak mereka iaitu dengan tidak lagi menyembunyikan hasrat mereka di Palestin. Secara terang-terang Dr. Eder dengan bangganya telah mengeluarkan kenyataan beliau ;

“Equality in the partnership between Jew and Arabs, but a Jewish predominance as soon as the number of that race are sufficiently increased” (Hanya satu negara yang boleh wujud di Palestin iaitu negara Yahudi, dan tidak ada kesamarataan dalama perhubungan Yahudi dan Arab, Tetapi dominasi Yahudi sebaik sahaja bilangan mereka ditingkatkan)”

Bukti kesungguhan mereka dapat dilihat apabila untuk merealisasikan matlamat itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka, walaupun mereka terpaksa berperang seperti mana yang disebutkan Chaim Waizman ;

“Trust to god that a Jewish state will come about; but it will come about not through political declaration, but by the sweat and blood of the Jewish people (Yakinlah pada tuhan bahawa negara Yahudi akan menjadi kenyataan, tetapi ia tidak muncul melalui deklarasi politik, tetapi melalui keringat dan darah bangsa Yahudi)”[17]

Daripada Deklarasi Balfour ini, jelas menunjukkan kesungguhan pihak Yahudi serta bukti penglibatan British di dalam merealisasikan cita-cita Zionist di Palestin. Kerajaan British yang sememangnya sehaluan dengan objektif-objektif Zionist telah menerima dan meluluskan deklarasi tersebut. Yang mana membenarkan kemasukan pendatang Yahudi ke Palestin dan seterusnya mencetuskan kemarahan masyarakat Arab sebagai penduduk asal Palestin.

Kejatuhan Kesultanan Uthmaniyyah.

Kesultanan Uthmaniyyah membangunkan pemerintahan berlandaskan ketetapan-ketetapan di dalam Al-Quran dimana pemerintahnya iaitu Khalifah memerintah dengan adil, bertoleransi dan berperikemanusiaan. Kesultanan Uthmaniyyah diperintah dengan “sistem bangsa” dimana orang-orang dengan keyakinan yang berbeza diizinkan hidup dengan keyakinan dan sistem hukum yang tersendiri. Hasilnya orang Muslim, Nasrani dan Yahudi hidup dengan aman tanpa paksaan untuk memeluk islam. Usaha Yahudi untuk memecah belahkan kawasan pemerintahan Uthmaniyyah tidak berhasil, walaupun pada ketika itu kerajaan Uthmaniyyah sudah menjadi lemah dan menunggu masa untuk tumbang. Bahkan sultan Abdul Hamid masih sanggup mempertahankan kawasan pemerintahannya. Ketegasan beliau dapat dibaca daripada kata-kata beliau apabila Beliau mengirimkan pesanan kepada Hertzel;

“Jika Hertzel benar-benar kawanmu, sebagaimana anda kawanku juga, maka tolong beritahukan agar Hertzel jangan sekali-kali meneruskan langkahnya, kerena aku tidak anakn menjual sejangkalpun wilayah kerajaanku. Kerajaanku bukanlah milik peribadiku, melainkan milik seluruh kaum muslimin. Dan untuk memperoleh itu mereka telah mengorbankan harta benda dan hidupnya. Oleh kerana itu, kami mempertahankan bumi itu dengan darah kami pula, dari setiap usaha yang dilakukan oleh pihak luar untuk merebutnya... Simpanlah wang milik Yahudi, sekiranya kerajaan ini mampu dihancurkan, orang yahudi boleh mengambil palestin dengan percuma...Orang Yahudi tidak akan bisa menghancurkan kami sebelum mereka dapat melangkah mayat-mayat kami dulu”.[18]

Walaupun Terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan Yahudi untuk memiliki bumi Palestin dengan kekayaan yang mereka miliki. Termasuklah ketika kerajaan Uthmaniyyah lemah di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid, terdapat usaha tokoh Yahudi untuk membeli Palestin daripada Sultan Abdul Hamid[19]. Ini dijelaskan dalam surat Sultan Abdul Hamid yang dikirimkan kepada Syeikh Abu Samat untuk menjelaskan sebab-sebab beliau meletakkan jawatan kekhalifahan akibat dipaksa oleh golongan tokoh Yahudi. Dimana surat itu berbunyi;

“... sebelumnya Organisasi telah mendesak saya mendesak saya berulang-ulang, agar saya menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan berulang-ulang yang memalukan itu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta poundsterling emas. saya tetap tegas menolak tawaran itu...”[20]

Ketegasan Khalifah itu telah mengagalkan usaha Yahudi .Oleh yang demikian tindakan awal yang perlu dilaksanakan untuk menjatuhkan Islam ialah dengan menjatuhkan sistem pemerintahan khalifah. Pihak Yahudi tidak berdiam diri sebaliknya mengunakan orang Yahudi untuk bergerak dibawah tanah dan akhirnya berjaya menumbangkan Sultan Abdul Hamid. Beliau akhirnya meletakkan jawatan daripada menjawat jawatan khalifa.

Kejatuhan sistem khalifah bermula di Turki pada tahun 1922 melalui persidangan Lausanne. Dimana pihak Britain menuntut 4 perkara iaitu Sistem Khalifah mesti dihapuskan, Khalifah mesti dibuang negeri, harta Khalifah mesti dirampas , Negara Turki mesti didirikan atas dasar sekular. Mustafa Kamal Attartuk[21] laknatullah merupakan dalang utama kepada usaha British menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah[22]. Beliau mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan, kemudiaanya pada 3 Mac 1924 kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan[23]. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula. Peristiwa itu menjadi titik tolak kepada penghapusan sistem khalifah bukan sahaja di Turki, malah untuk seluruh Asia Barat serta wilayah-wilayah islam yang lain.

Kejatuhan kesultanan Uthmania menyaksikan termansuhnya sistem khalifah secara langsung Inggeris menghancurkan orang-orang arab dengan strategi “memecah dan menaklukkannya”. Serentak dengan itu memperkuatkan kuasa Zionis yang kemudiannya terbukti menentangnya sendiri. Walaupun pada mulanya Inggeris bertindak mempergunakan Yahudi untuk menguasai kekuatan-kekuatan lain. Numun begitu Inggeris sendiri silap apabila Yahudi yang dahulunya berada di bawah Inggeris bertindak menguasai kuasa-kuasa besar seperti Prancis, Jerman melalui kebijaksanaanya. [24]

Zionisme memicu kemarahan orang-orang Arab. Kemudiaanya sejak sejak tahun 1930an Pelestin menjadi tempat penentangan kedua-dua kelompok ini, dimana Zionis membentuk kelompok teoris yang menentang pelestin. Apabila Inggeris lepas tangan dan menyerahkan kekuasaannya atas daerah ini pada 1947 penentangan ini berubah menjadi peperangan, pendudukan dan pembantaian Israel yang berlanjutan hingga ke hari ini.

Pengambil alihan tanah Arab.

Kesan daripada polisi British yang dibuat di atas berdasarkan Deklarasi Balfour telah mengundang kemasukan Imigran Yahudi dari Eropah barat dan Timur ke tanah Palestin. Dari hari kesehari jumlah mereka semakin meningkat, bahkan mereka mampu membina dan mewujudkan institusi-institusi mereka sendiri. Pada masa yang sama proses urbanisasi menyebabkan masyarakat Arab Palestin tersisih. Sejak awal-awal lagi Yahudi telah mengatur rancangan untuk menguasai Palestin dengan membawa masuk masyarakat Yahudi dan kemudiaannya bertindak merampas tanah-tanah masyarakat arab serta menghalau mereka dari tanah milik mereka. Pihak Zionis yang memiliki institusi kewangan yang kukuh dan kuasa beli yang tinggi semasa zaman kemelesetan (depression) sekitar tahun-tahun akhir 20an dan awal30an berjaya menebus tanah-tanah Arab dan pemilik-pemilik yang tidak menetap di sana. Agensi Yahudi kemudiaanya mengeluarkan peladang-peladang Arab yang mengusahakan tanah-tanah tersebut dan menyerahkan geran-geran tanah kepada imigran Yahudi. Akibat tekanan ekonomi yang tinggi pemilik tanah-tanah persendirian terpaksa menjual tanah milik mereka kepada pihak Zionis. Sebaliknya pihak British hanya menjadi pemerhati dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Masyarakat Arab telah hilang hak yang sepatutnya diperolehi oleh mereka di Tanah Air mereka sendiri sama ada dari segi ekonomi mahupun politik[25]. Mereka dihalang dari terlibat secara langsung soal-soal pentadbiran Palestin dan dihalang dari menganggotai kesatuan-kesatuan sekerja. Buktinya apabila secara terang-terangan David Ben Gurion, pemimpin Kesatuan Sekerja (kemudiannya menjadi perdana menteri Israel yang pertama) melontarkan kata-katanya yang berbunyi:

“ To defend the fact that could not accept Arabs in my trade union, the Histradruth: to defend preaching to housewives that they not buy at Arab store; to defend the fact that we stood guard at orchards to prevent Arab workers from getting jobs there... to pour kerosene on Arab tomatoes; to attack jewish housewives in the markets and smash the Arab eggs they had bought...” (“untuk mempertahankan hakikat bahawa saya tidak dapat menerima rakyat Arab dalam kesatua sekerja saya, Histradruth, untuk pertahan gesaan saya supaya suri rumah tidak membeli dari kedai-kedai Arab; untuk pertahan hakikat bahawa kami berkawal di kebun-kebun untuk menghalang pekerja-pekerja Arab dari mendapat pekerjaan di sana... untuk mencurah minyak tanah ke atas tomato Arab, untuk menyerang suri rumah Yahudi di pasar-pasar dan memecahkan telur-telur yang mereka beli di kedai-kedai Arab”)[26]

Daripada ayat tersebut dapat kita gambarkan bahawa Zionis telah berusaha memulaukan masyarakat Arab dan bertindak menghalang ekonomi mereka daripada terus berjalan. Akibat tekanan-tekanan yang dihadapi oleh penduduk Arab menyebabkan mereka melancarkan rusuhan-rusuhan yang membawa kepada pertumpahan darah pada tahun 1920-an. Kejadian ini sudah tentu menjadi antara faktor penyumbang kepada perang Arab-Israel1948.

Kebangkitan Rakyat Palestin pada tahun 1930.

Akibat daripada tekanan yang dialami oleh penduduk Arab, menyebabkan mereka mula bangkit untuk membela nasib mereka yang ditindas oleh Zionis. Walaupun selama ini terdapat tentangan yang dibuat namun begitu sering kali gagal kerana tidak mempunyai penyusunan yang teratur. Pada tahun 1930 tentangan umat islam di Palestin semakin tersusun dan mula mengambil bentuk organisasi politik. Hal ini dapat dilihat melalui tertubuhnya pertubuhan politik yang berjuang untuk menyatukan umat Islam kearah tindakan yang lebih efektif.

Diantara 1932 hingga 1935, lima buah parti ditubuhkan iaitu Parti Istiqlal (kemerdekaan) pada tahun 1932, diikuti dengan penubuhan Parti Pertahanan ‘Defensi’ pada tahun 1934, Parti Arab Palestin tahun 1935, Parti Pembaharuan ‘Reform’ pada tahun 1935 dan Parti Blok Kebangsaan ‘National Block Party’ pada tahun 1935. Matlamat utama penubuhan Parti ini tidak lain tidak bukan untuk menuntut hak mereka di atas tanah kelahiran mereka. Parti ini menggenakan tekanan keatas kerajaan ‘mandat’ British supaya mengkaji semula polisi mengizinkan kemasukan pendatang-pendatang haram Yahudi ke bumi Palestin. Namun begitu usaha mereka ternyata sia-sia, rundingan dan langkah-langkah demokrasi yang diambil tidak mampu mengubah polisi British.

Pada tahun 1935, bermulanya era baru dalam perjuangan masyarakat Islam di tanah Palestin. Penentangan mereka beralih kepada bentuk yang lebih radikal dari bentuk-bentuk rusuhan dan penentangan politik kepada jihad bersenjata. Gerakan jihad ini dipimpin oleh seorang ulama iaitu Syeikh Izzuddin al-Qassam.[27] Beliau bersama Halil Muhammad Awis (Abu Ibrahim) telah mengasaskan sebuah gerakan organisasi Jihad. Organisasi ini di bahagikan kepada unit-unit rahsia dengan setiap unit mempunyai seorang ketua. sebuah Unit lagi bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan perjalanan setiap unit dengan dipimpim al-Qassam sendiri. Tentera yang terlatih dengan penggunaan senjata api dan tektik perang ini dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu unit pejuang, unit persediaan, unit kewangan, unit dakwah dan unit politik. Dalam perjuanggannya beliau akhirnya terkorban dalam serangan oleh Yahudi dan kematian beliau telah mencetuskan pemberontakan besar-besaran “the great revolt” yang berlangsung dari tahun 1936-1939.

Tidak terhenti disitu, menjelang tahun 1936, lima pertubuhan politik telah disatukan membentuk Jawatankuasa Tinggi Arab dengan dipengerusikan oleh Mufti Haji Amin Al-Husaini. Beliau telah mengadakan persidangan dan memanggil semua Jawatankuasa Kebangsaan. Hasil dari persidangan tersebut mereka telah melancarkan slogan “ No taxation without representation” (tiada cukai tanpa perwakilan) dan mengesa supaya umat Palestin melancarkan mogok umum (general strike) sebagai tanda membangkang kepada polisi pro-Zionis British.

Menjelang akhir 1936, bilangan umat islam yang mengangkat senjata menetang British semakin bertambah. Mereka didorong oleh kesedaran jihad dan seterusnya melancarkan serang hendap keatas konvoi-konvoi tentera British, menyerang pangkalan tentera, memasang jerangkap samar dan melumpuhkan infrastruktur. Sebagai tindak balas dari serangan tersebut pihak British menghantar tentera bagi melumpuhkan kekuatan gelira dan seterusnya menyebabkan kematian ramai pejuang gelira islam di Palestin.

Cadangan pembahagian negara Palestin kepada Pihak Yahudi

Rentetan daripada tindak balas rakyat Palestin pada tahun30an yang menyebabkan banyak rusuhan telah berlaku telah membawa kepada tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja ‘Royal Commission’ bagi menyiasat sebab-sebab berlakunya rusuhan di Palestin. Hasil daripada siasatan telah telah diumumkan dalam Laporan Suruhanjaya Pearl. Hasilnya menyebut[28]

“The situation in Palestine has reached deadlock. We cannot-in Palestine as it is now both concede the Arab claim to self-goverment and secure the establishment of the jewish national home” ( situasi di Palestin sudah menemui jalan buntu. Kita tidak boleh- di Palestin pada saat ini pada masa yang sama memberi laluan kepada rakyat rakyat Arab untuk memerintah sendiri dan menubuhkan Negara Yahudi)

Laporan ini juga mendedahkan:

“The underlying causes of the disturbance were two: the desire of the Palestinians for independence and their hatred and fear of the establishment of the jewish National home”. (Punca kepada kekacauan...ada dua: keinginan rakyat Palestin untuk mencapai kemrdekaan dan kebencian serta ketakutan terhadap kelahiran Negara Yahudi)

Hasil daripada laporan itu menyebabkan Suruhanjaya Peel mencadangkan supaya Palestin dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kepada penduduk Arab dan Yahudi. Dibawah rancangan ini 33% dari negara Palestin akan diserahkan kepada Yahudi. Pada masa yang sama ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan kepada Yahudi, manakala ratusan ribu umat islam akan diletakkan di bawah rejim Yahudi. Cadangan ini sudah tentu mendapat tentangan daripada umat Islam Palestin kerana tanah yang dimiliki Yahudi tidak melebihi 5.6%. Dipihak yang lain Kongeres Zionis sedunia menyambut baik cadangan Peel sedangkan Kongres Kebangsaan Arab sebulat suara menolak cadangan tersebut. Keadaan ini telah mendorong kepada rusuhan dan kekacauan yang lebih teruk melibatkan kedua-dua pihak. Pada masa yang sama British telah bekerjasama dengan pendatang Yahudi dengan alasan kononnya mereka bertindak menghalang dan menghapuskan pemberontakan yang dilakukan oleh masyarakat Palestin.

Pada bulan April 1938, Britain telah menghantar satu lagi Pesuruhjaya penyiasatan iaitu Laporan Suruhanjaya Woodhead untuk mengkaji aspek-aspek teknikal kepada pembahagian Palestin. Hasilnya laporan telah merumuskan bahawa pembahagian adalah tidak praktikal. Pada Bulan mei kerajaan British mengeluarkan kertas putih “white Paper” untuk melaksanankan polisi baru iaitu penduduk Yahudi dibenarkan masuk ke Palestin dalam tempoh lima tahun manakala selepas tempoh tersebut proses kemasukan kaum Yahudi bergantung kepada kebenaran daripada orang Palestin. Seperti yang dilaporkan dalam laporan tersebut yang berbunyi:[29]

“Britain’s obligations of the Jewish Nation home had been substantially fullfiled; indefinite mass jewish immigration to and land acquisition in Palestine would contradict Britain’s obligations to the Palestinian; within the next 5 years, 75 000 more jews would be allowed in to the country, after which jewish immigration would be subject to ‘ Arab acquiescence’.

Daripada keputusan kertas putih ini menyebabkan harapan Yahudi untuk membina “home nation” tidak menjadi kesampaian bahkan kemasukan yahudi akan dihadkan, pada masa yang sama penduduk asal Arab di Palestin akan melihat kemasukan Yahudi tanpa sekatan dalam tempoh lima tahun awal.[30] Keputusan yang dikeluarkan melalui kertas putih itu ternyata telah mendapat tentangan daripada kedua-dua pihak sama ada Yahudi mahupun rakyat Arab.

British yang tidak mampu lagi menyelesaikan masalah tersebut telah bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Palestin United Nation Special Commitee On Palestine (UNSCOP)[31]. Hasilnya tujuh daripada negara iaitu Canada, Czechoslovakia, Guatemala, Belanda, Peru, Sweden dan Uruguay mencadangkan supaya Palestin dipecahkan kepada negara Arab, negara Yahudi dan Baitul Maqdis diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa.[32] British diberi kuasa mentadbir wilayah mandate Palestin Selama dua tahun dibawah pengawasan PBB dan membawa masuk 150,000 pendatang Yahudi ke negara Yahudi yang dicadangkan. Palestin yang mempunyai keluasan 10, 000 batu persegi dipecahkan kepada 1,300 persegi milik Arab, yahudi memiliki 5,7000 batupersegi. Sedangkan negara arab yang dicadangkan itu terletak di kawasan yang tidak subur di bahagian tengah Palestin dan kesebelah utara Gelilee. Resolusi 181 PBB yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung telah memberikan laluan kepada penubuhan negara Yahudi di Palestin serta menamatkan mandate British. Hal ini sudah tentu mendapat tentangan daripada penduduk arab Yahudi dibenarkan mendirikan penempatan di Tanah milik mereka, secara tidak langsung membawa kepada penentangan yang lebih radikal dan seterusnya mendorong kepada berlakunya perang Arab Israel 1948.

PERISTIWA PERANG ARAB-ISRAEL 1948

Konflik antara Arab dan Israel merupakan masalah yang rumit sehingga member kesan kepada masyarakat antarabangsa.[33] Pada April 1948 berlakunya satu perpindahan besar-besaran iaitu, exodus dalam kalangan orang Arab seperti yang telah diharapkan oleh pihak kaum Yahudi. Seluruh keganasan dan pengusiran itu telah berlaku tanpa sebarang halangan walaupun pemerintahan mandat British masih berkuasa di Palestin. Keadaan pada waktu itu masih dalam keadaan kelam kabut. Namun, pada tengah malam 14 Mei 1948, pemerintahan British di palestin telah ditamatkan secara rasmi. Pada hari yang sama, David Ben Gurion[34] telah mengishtiharkan kelahiran sebuah Negara Yahudi yang dipanggil Israel. Setiausaha Akhbar Presiden Truman, Charlie Ross telah mengumumkan pengikhtirafan Amerika Syarikat ke atas negara tersebut 11 minit selepas Israel diisytiharkan sebagai sebuah negara.[35] Sejurus kemudian, pihak Rusia telah mengikuti langkah yang sama.[36] Ben Gurion memulakan proses untuk mengusir bangsa Arab dari bumi Palestin dengan penuh keyakinan selepas kedua-dua kuasa besar berada di sampingnya.

Sehari kemudian, perang Arab-Israel yang pertama pun meletus. Sejak awal-awal lagi, pasukan Arab tidak pernah bersatu dan berdisiplin dalam peperangan. Walaupun pada Mei 1948, tentera Arab telah bergabung di bawah tajaan Liga Arab berjumlah seramai 47, 500 orang, namun jumlah ini tidak pernah digunakan untuk bertempur di palestin.[37] Tentera al-Kawakji pula tidak juga memiliki semangat perjuangan dan kemampuan yang tinggi. Sepuluh hari selepas peperangan tersebut meletus, senjata dan kapal terbang telah mencurah-curah datang dari Eropah untuk kegunaan kaum Yahudi.[38] Pihak Arab telah tewas kerana mereka berperang tanpa semangat yang kental mahupun strategi yang tersusun.

Selepas itu, satu gencatan senjata telah diisytiharkan pada 11 Jun. namun, apabila pertempuran diteruskan lagi, Israel telah bersiap sedia dengan senjata dan peluru dari Czechoslovakia, kapal terbang Flying Fortresses Amerika dan Beau-Fighter dari Britain.[39] Pada 18 Julai, pertempuran dihentikan lagi. Walau bagaimanapun, setelah pertempuran ditamatkan, garis pemberhentian perang telah bertukar menjadi perbatasan yang memisahkan antara kedua-dua belah pihak yang saling bermusuhan itu. Malah, api permusuhan itu tidak akan pernah padam hingga ke hari ini.

Penyokong Stern Gang telah membunuh Count Bernadotte iaitu, wakil pengaman PBB di Jerusalem kerana marah terhadap tindakannya menukarkan gencatan senjata yang baru dicapai itu kepada satu perjanjian damai. Keadaan tersebut berlaku pada 17 September 1948.[40] Hal ini telah membuktikan bahawa pengganas ini ingin terus berperang dan menakluki kawasan-kawasan yang lain. Walau bagaimanapun, kerajaan Israel tidak berbuat apa-apa untuk menangkap gerombolan pembunuh itu sesudah Perang Arab Israel 1948. Israel telah berjaya menduduki daerah seluas hamper 22% lebih luas daripada kawasan asal yang diperuntukkan kepadanya menurut program pembahagian wilayah oleh PBB.[41] Namun, tragedy itu tidak berlaku sepenuhnya melainkan dengan adanya campur tangan dan kerjasama khususnya dari Britain dan Amerika Syarikat.

Demi kepentingan mereka bersama, Israel dengan pakatan sulit Britain serta Perancis telah menyerang Mesir dengan tujuan untuk menundukkan Presiden Nasir dan juga menggagalkan usaha untuk menyataukan seluruh tanah Arab. Pakatan sulit tersebut telah menyerang Mesir pada Oktober 1946.[42] Tentera ketiga-tiga Negara itu telah menceroboh hingga ke Semenanjung Sinai. Mesir akan mengalami kekalahan yang teruk sekiranya pihak daripada Rusia, Amerika Syarikat, dan PBB tidak mendesak kuasa-kuasa tersebut untuk berundur. Oleh itu, peristiwa Suez telah membuktikan bahawa pihak Zionis akan sentiasa bersekongkol dengan imperialis Barat untuk melemahkan dan menguasai wilayah-wilayah Islam di Arab. Peperangan itu berakhir pada 7 Januari 1949.[43] Israel kehilangan banyak nyawa, iaitu 1% daripada penduduknya namun dia mendapat faedah daripada kawasan yang besar yang telah dimilikinya.

KEKALAHAN NEGARA-NEGARA ARAB

Pengisytiharan kelahiran negara Israel disambut dengan serangan ketenteraan dari Negara-negara Arab. pada pagi 15 Mei pasukan Arab Legion dari Jordan bergerak ke arah Palestin dengan menjadikan Baitul Maqdis, Nablus dan Ramallah sebagai objektif. Seramai 10,000 tentera Pembebasan Arab, Jais al-Inqaz dan Jihad al-Muqaddas yang dibentuk oleh Mufti al-Haj Amin Husaini telah bersedia untuk mempertahankan penempatan-penempatan Arab.[44] Walaupun pihak Yahudi diserang dari segenap penjuru oleh negara-negara Arab, namun kerana kurangnya koordinasi dan disiplin, hampir kesemua serangan tentera Arab mengalami kekalahan. Namun, punca sebenar kekalahan sebenar mereka adalah disebabkan oleh konspirasi yang didalangi oleh kuasa-kuasa imperialis British dan Amerika yang telah merestui kewujudan Israel.

Negara-negara Arab sendiri berada di bawah kuasa-kuasa besar sehingga tidak mempunyai pendirian yang tegas untuk mempertahankan rakyat Palestin.Psikologi rakyat Palestin juga berada pada tahap yang amat rendah kerana perpindahan besar-besar penduduk Palestin keluar dari penempatan utama seperti Haifa, Jaffa, dan Baitul Maqdis. Perpindahan atau exodus ini adalah disebabkan oleh aksi-aksi terorisme dan pembunuhan beramai-ramai penduduk Arab yang dilakukan oleh gerombolan-gerombolan pengganas Yahudi Irgun, Stern Gang dan unit bersenjata Haganah sejak tahun 1947.

Terdapat beberapa serangan ganas yang dilakukan ke atas penduduk Arab.[45] Antaranya adalah pembunuhan beramai-ramai di Yahida pada 13 Disember 1947, 7 terbunuh, 40 orang sebahagian besar wanita dan kanak-kanak dibunuh di Kampung As-sheikh pada 1 Januari 1948, pada 13-14 April 1948, pengganas Yahudi telah menyamar sebagai pasukan Arab dan memasuki sebuah desa di Naser al-din dan membunuh hamper kesemua penduduknya malah seramai 40 orang sahaja yamg terselamat, pembunuhan Beit Daras pada 21 Mei 1948 di mana wanita dan kanak-kanak yang cuba menyelamatkan diri dari kepungan Yahudi di tembak mati. Selain itu, terdapat juga pembunuhan beramai-ramai di Mesjid Dahmash, iaitu seramai 80 sehingga 100 orang telah dibunuh dan mayat mereka dibiarkan mereput dalam masjid selama 10 hari. Dua orang tokoh Yahudi yang tidak asing lagi telah terlibat secara langsung dalam tragedy ini iaitu Moshe Dayan dan Yetzak Rabin. Kedua-dua orang tersebut akhirnya dipilih menjadi Perdana Menteri Israel.

Pembunuhan ini telah dijadikan bahan propaganda untuk menggesa penduduk Arab supaya meninggalkan kampung halaman mereka. Melalui kaedah keji ini, Zionis menguasai lebih banyak kawasan iaitu 77% dari Negara Palestin yang asal. Seramai 800,000 rakyat Arab diusir keluar dari Negara mereka. Sebanyak 531 kampung dimusnahkan. Baki kawasan yang tinggal di Tebing Barat iaitu, seluas 5,878 kilometer persegi diambil oleh Jordan sementara Mesir meletakkan Gaza iaitu, seluas 363 kilometer persegi di bawah pentadbirannya.[46]

Krisis pelarian Arab mencapai tahap kritikal sehingga Perhimpunan PBB meluluskan ketetapan 1948 (III) pada 11 Disember 1948 iaitu, ‘the refugees wishing to return to their homes and live at peace with their neighbours should be permitted to do so at the earliest practicable date.’. Pelarian yang berhasrat untuk pulang ke kampung halaman mereka dan hidup secara aman bersama jiran-jiran mereka perlu diizinkan untuk berbuat demikian pada tarikh munasabah yang paling awal.[47]

Usaha untuk menguruskan pelarian telah diserahkan kepada Suruhanjaya Perdamaian Palestin. Namun, rejim Zionis Israel langsung tidak mengambil endah tentang ketetapan PBB tersebut. Pendirian ini dirumuskan oleh Perdana Menteri Israel David Ben Gurion iaitu, ‘Israel cannot and will not accept return of Arab refuges to Israel Territory”. Israel tidak boleh dan tidak akan menerima kepulangan pelarian Arab ke wilayah Israel.[48] Negara haram Israel tetap konsisten dengan pendiriannya, malah terus mencabar mana-mana ketetapan PBB yang berkaitan dengan kepulangan pelarian Arab ke tanah air mereka yang sah. Kebiadaban Israel sedia dimaklumi kerana kuasa imperialis Barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat terus merestui tindak-tanduk Negara haram tajaannya meskipun mendapat bantahan masyarakat antarabangsa. Resolusi 181 PBB membuka satu episode sedih yang akan terus dideritai oleh rakyat Palestin untuk setengah abad berikutnya.

KESAN PERANG ARAB-ISRAEL 1948

Terdapat dua kesan yang timbul akibat berlakunya peperangan Arab-Israel pada tahun 1948 iaitu, kesan dalaman dan kesan luaran. Peperangan Arab-Israel ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada umat islam amnya dan rakyat Palestin khususnya. Umat islam turut menerima impak emosi apabila umat seagamanya ditimpa bencana. Selain itu, umat islam sedunia kurang kesatupaduan antara satu sama lain. Hal ini kerana walaupun terdapat banyak Negara islam yang ada namun tidak dapat bersatu padu melalui agama yang satu iaitu, agama islam untuk mempertahankan Palestin. Keadaan ini akan mengakibatkan perpecahan yang semakin teruk dalam kalangan umat islam sedunia. Bahkan ada diantara pemimpin-pemimpinyang sanggup mengadaikan islam dan tanah air demi kepentingan peribadi. Seperti mana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian sepertimana orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka. salah seorang bertanya; “adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?” Nabi S.A.W menjawab: “tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih di lautan, Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh-musuh kalian dan Allah akan mencampakkan ‘wahn’ ke dalam hati kalian” salah seorrang bertanya “apakah Wahn, wahai Rasulullah?” Nabi S.A.W menjawab “ Cintakan kehidupan dan membenci kematian”

Antara kesan dalaman yang dapat kita lihat telah berlaku ke atas rakyat palestin adalah mereka terpaksa keluar dari tanah mereka sendiri. Mereka terpaksa menjadi pelarian ekoran peperangan yang berlaku bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik atau keadilan dari Negara-negara yang berdekatan seperti Jordan. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kemiskinan dan kebuluran dalam kalangan pelarian tersebut. Pelarian-pelarian ini terpaksa melalui masa-masa yang sukar dan amat sukar digambarkan serta diperincikan semangat yang telah membawa mereka keluar dari kepompong Israel. Cara penindasan yang berlaku ke atas mereka susah untuk digambarkan sehingga mereka sanggup lari dari tanah sendiri, dan sanggup menjadi pelarian daripada menjadi hamba di tanah sendiri.

Di samping itu, peperangan ini juga telah mengakibatkan kemusnahan berlaku di bumi Palestin. Ianya boleh dilihat dari pelbagai aspek. Pertama, dari segi kemusnahan bumi atau hak rakyat Palestin. Bumi Palestin telah musnah. Hal ini kerana bumi mereka telah dibahagikan dan berlakunya rampasan yang mengakibatkan tanah mereka semakin mengecil. Terdapat perkara yang tersirat yang dapat dilihat melalui keadaan yang berlaku iaitu, Negara Eropah sememangnya menyokong gerakan Israel.[49] Selain itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut dikawal oleh Amerika Syarikat. Oleh itu, umat islam perlu mengambil pengajaran untuk berhati-hati dengan Negara Eropah, bahkan PBB yang bertopengkan Amerika.

Kedua, kemusnahan yang berlaku bukan hanya terhadap pengecilan kawasan Palestin tetapi juga kemusnahan alam sekitar yang diakibatkan oleh peperangan Arab-Israel tersebut. System politik, ekonomi, sosial masyarakat kucar-kacir dan banyak lagi yang merosakkan system dalaman bagi wilayah Palestin.[50] Kerosakan yang dialami oleh rakyat, wilayah, dan Negara Palestin telah member kesan yang berpanjangan. Selain dari pembunuhan, pencabulan hak asasi juga turut berlaku seperti rogol dan sebagainya. Kemusnahan alam sekitar juga berlaku seperti kemusnahan tempat awam, tempat ibadat orang Islam serta hasil tanaman juga turut mengalami kemusnahan yang amat dahsyat.

Peperangan Arab-Israel tersebut telah menyebabkan kemenangan berpihak kepada orang Yahudi dan akhirnya terbina Negara dan kediaman yang mereka inginkan. Namun, kemenangan orang Yahudi telah menyebabkan kecelakaan yang besar ke atas rakyat Palestin. Walau bagaimanapun, kita harus merasa dukacita dan bersimpati dengan nasib umat yang seagama dengan kita. Pihak Barat atau Eropah mahupun kuasa besar dunia sebenarnya ingin melenyapkan sedikit demi sedikit kekuasaan Islam di atas muka bumi ini. Mereka melakukan penindasan secara tersembunyi melalui kegiatan pihak lain. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri bukanlah pertubuhan yang telus dalam mendepani masalah yang melanda dunia. Mereka telah didalangi oleh pihak Amerika pada ketika itu dalam tindakan dan keputusan.

Perang Arab-Israel 1948 turut menyebabkan berlakunya perang Arab-Israel 1967. Perang tersebut merupakan peperangan antara Israel dan negeri-negeri arab, iaitu Mesir, Syria, dan Jordan.[51] Apabila Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan bilangan angkatan tenteranya dekat sempadan. Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir. Jordan pula menyerang Bandar Israel, Baitulmuqaddis, dan Netanya. Pada akhir perang, Israel berjaya menguasai Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, dan Bukit Golan. Kesan perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sehingga hari ini.[52]


Sesunguhnya perang Arab-Israel 1948 telah didorong oleh perebutan hak keatas “Tanah Rahmat” yang menjadi rebutan antara pihak yang terlibat. Kehadiran Barat dan kuasa “Mandat” telah membawa bersama pendatang-pendatang Yahudi. Seterusnya merampas hak umat islam di Palestin tanpa menghiraukan sedikitpun hak-hak penduduk asal. Lebih teruk lagi apabila kuasa barat turut bersama-sama menyokong tindakan tidak bertamadun ini, bahkan meluluskan ketetapan-ketetapan yang merampas hak rakyat Palestin dan menghalau mereka keluar dari tanah air mereka sendiri. Dimulai dengan Imperialisme Barat yang bersekongkol dengan pertubuhan Zionis sedunia untuk mendirikan negara Yahudi di Palestin pada tahun 1917 sehingganya lulus ketetapan PBB181 pada tahun 1948 mencoretkan banyak kisah duka bagi rakyat Pelestin. Kewujudan negara haram Israel pada 1948 tidak menutup kedukaan ini sebaliknya membawa kepada rentetan peristiwa sedih yang menimpa umat Islam pada tahun 1956, 1967,1973,1978 dan 1982. Dan sehingga masyarakat peribumi masih berjuang berusaha untuk mendapatkan hak-hak mereka di bumi mereka sendiri atas nama Jihad. Sedangkan Israel, negara yang didirikan secara haram sedang menikmati kesenangan di atas penderiataan masyarakat peribumi. Sesunguhnya peperangan diantara Arab dan Israel hanya akan dapat diselesaikan sekirannya perdamaian antara mereka dapat dicapai. Dalam hal ini sesunguhnya umat manusia harus kembali kepada ajaran kebenaran yang dibawa oleh agama dan kitab suci masing-masing, seperti mana umat muslimin dan Yahudi percaya kepada satu Tuhan, mencintai dan menghormati nabi yang sama[53]. Seperti mana Allah s.w.t memerintahkan orang Muslimin untuk mengajak orang Yahudi dan Nasrani menuju rumusan bersama;

“ Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada satu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kitamenjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah” jika mereka berpaling, katakanlah kepadanya “ Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

(Qs. Ali ‘Imran, 3:64)



[1] Palestin (bahasa Arab:فلسطين Falasīn, bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. Istilah lain yang digunakan untuk merujuk keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan ini termasuk Israel, ialah "Israel Kana'an dan Tanah Suci. Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi negara Israel kini dan wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British di Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada "Negara Palestin" yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin.

[2]Mahir Ahmad Agha, Yahudi Catatan Hitam Sejarah. Penterjemah Yadi Indrayadi, Taufik Damos Lc, Jakarta: Qisthi Press, 2005. hlm 6-70

[3] Mahir Ahmad Agha, Yahudi Catatan Hitam Sejarah. Penterjemah Yadi Indrayadi, Taufik Damos Lc, Jakarta: Qisthi Press, 2005.hlm 6-70.

[4] Salahuddin al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat belas kasihan semasa perang Salib. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera kesateriaan. Lihat juga Harun Yahyah. Palestina Zionisme Dan Teorisme Israel. Terbitan Dzikra. Jawa Barat, Indonesia. Hlm 33-37. Sumber Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Salahuddin_al-Ayyubi

[5] Fred John Khouri 1968 The Arab-Israeli Dilemma. Syracuse University Press, New York. Hlm 16

[6] Syarat-syarat ini terkandung dalam perjanjian Sykes- Picot yang telah ditanda tangani oleh Sir Edward dan Paul Cambon, dalam pembentukan mandat ‘British’ dan ‘France’ . sila rujuk perjanjian didalam lampiran. Don Peretz , 1922, Library In A book :The Arab-Israel Dispute. Facts on File, Inc. New York. pg237-238. Lihat juga, Alan Dowty 2008, Israel/Palestine. Polity Prees, Malden USA. Hlm 17.

[7] http://www.zionism-israel.com/bio/biography_herzl.htm

[8] Walter Z. Laqueur and Barry Rubin1984. The Israel-Arab Reader. A doccumentart History of the Middle East Conflict, New York. hlm 11-12

[9] http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/biography/weizmann.html

[10]Ian J.Bickerton dan Carla L. Klausner. A Concise History of the Arab-Israel Conflict 2nd. Edn. Prentice Hall. hlm 40

[11] http://en.wikipedia.org/wiki/David_Lloyd_George

[12] http://en.wikipedia.org/wiki/Arthur_Balfour

[13] seorang tokoh dan penaja kepada gerakan Zionis. http://en.wikipedia.org/wiki/Walter_Rothschild,_2nd_Baron_Rothschild

[14] Memorandum Balfour kepada Kabinet British pada tahun 1919. Jonathan Dimbleby 1979,The Palestine. Publisher by Quartet Books. hlm 115

[15] Harun Yahyah 2005. Palestina1 Zionisme Dan Teorisme Israel. Dzikra. Jawa Barat, Indonesia. hlm 55

[16] Yosef Gorny: Zionism and the Arabs. 1882-1948: A Study of Ideology: Oxford 1987 hlm 90.

[17] Chaim Weizmann 1952. Excerpts from his historical statements, Writing and addresses, The Jewish Agency For Palestine, New York. hlm 48

[18] Sebagai mana ditulis sendiri oleh Hertzel dalam buku hariannya hlm 35. Sila rujuk William G. Carr 1991, Yahudi Menggenggam Dunia terjemahan bahasa arab Al-Yahudi Wara’ah Kulli Jariimah, Darul Kitab Al-Arabi, Beirut. hlm20.

[19] Sultan Abdul Hamid ialah seorang pengusaha kerajaan Turki Utsmani . Baginda merupakan antara tokoh pemimpin Islam yang menolak kehadiran Theodore Hertzel(pemimpin gerakan Zionisme International akhir abad ke19).

[20] Dipetik daripada lembaran salinan surat Sultan Abdul Hamid kepada Syeikh Abu Samat dalam bahasa Arab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan bebas. William G. Carr 1991, Yahudi Menggenggam Dunia terjemahan bahasa arab Al-Yahudi Wara’ah Kulli Jariimah, Darul Kitab Al-Arabi, Beirut. hlm24.

[21] Mustaffa Kamal Atatruk dikatakan sebagai bapa permodenan Tukri “ Father Turk” namun begitu dari kaca mata islam Mustaffa Kamal adalah pengkhianat kepada Islam. Kerana terlalu mengagungkan Barat beliau telah membawa bersama idea sekularisme dalam kehidupan masyarakat turki dan seterusnya memisahkan agama islam dari kehidupan seharian. Termasuklah dalam segala aspek pembaharuan yang telah dilakukannya. Lihat Lord Eversley, 1918, The Turkish Empire its Growth And Decay, Premier Book House , Katchery Road, Lahore, hlm 420.

[22] Nik Azran Muhamed dan Mohd. Mahadi bin Hj. Isa 2005, Gerakan Freemasonry: Musuh Dalam Menghancurkan Islam. La Khauuf Resources hlm. 174.

[23] Wayne S. Vucinich 1965, The Ottoman Empire: Its Record and Legacy, Van Norstrand. hlm. 115.

[24] Agenda penguasaan Yahudi ini dicatatkan dalam buku William G. Carr 1991, Yahudi Menggenggam Dunia terjemahan bahasa arab Al-Yahudi Wara’ah Kulli Jariimah, Darul Kitab Al-Arabi, Beirut. hlm24.

[25] Alan Dowty 2008, Israel/Palestine. Polity Prees, Malden USA. hlm 73

[26] David Ven Gurion, Israel who Zionism: A Plea For Peace For People In The Middle East, New York, Collier Macmillan 1968.

[27] Syeikh Izzuddin al-Qassam dilahirkan pada 1882 di Jabale daerah Ladakkia, Syria. Datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada islam. Bapanya seorang seorang guru Quran. Pernah menuntut di Universiti al-Azahar dan giat berdakwah. Pernah mengabil bahagian dalam perang dunia pertama memerangi Perancis di syiria. Berusaha mendekati masyarakat arab Palestin melalui majlis-majlis keramaian dan menyebarkan kefahaman tuntutan jihad untuk membebaskan Palestin dari ancaman Zionis. Mohsen Mohd saleh. terjemahan At-Tayyar Al-Islami Fi Falastin Wa Atharuhu Fi Harakatil Jihad 1917-1948. Al-Kuwait, Maktabah Al-Falah. hlm 229-327.

[28] Palestine Royal (Peel) Commission Report. Sila Lihat T.G Fraser 1980. The Middle East 1914-1947. New York, St Martin’s Press. Hlm 15-16

[29] The 1939 White Paper on Palestine: Statement of Policy. Sila lihat T.G Fraser 1980. The Middle East 1914-1947. New York, St Martin’s Press. Hlm 23-24.

[30] Alan Dowty 2008, Israel/Palestine. Polity Prees, Malden USA. Hlm 72

[31] United Nation Special Commitee On Palestine (UNSCOP) dibentuk oleh 11 negara berkecuali iaitu Australia, Kanada, Czechoslovakia, Guatamela, India, Iran, Belanda, Peru, Sweden, Uruguay dan Yagoslavia. Jawankuasa ini menjalankan tinjauan selama lima minggu di Palestin dan mendapatkan pandangan dari Agensi Yahudi dan Liga arab.

[32] Alan Dowty 2008, Israel/Palestine. Polity Prees, Malden USA. Hlm 83

[33] Beverley Milton- Edwards and Peter Hinchcliffe. 2004. Conflicts in The Middle East Since 1945. hlm. 8.

[34] David Ben Gurion telah menjadi pemimpin Israel dalam Perang Arab-Israel 1948, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Israel selepas menang dalam pemilihan raya pertama, beliau kemudiaanya digantikan oleh, Moshe Sharett sebagai Perdana Menteri Israel pada Januari, 1954. Rujukan internet http://en.wikipedia.org/wiki/David_Ben-Gurion

[35] Fadhlullah Jamil. 2010. Islam dan Idealisme Zaman Moden: Krisis dan Ancaman. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm. 45.

[36] Ibid.

[37] Ibid.

[38] Fadhlullah Jamil. 2010. Islam dan Idealisme Zaman Moden: Krisis dan Ancaman. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm. 45.

[39] Ibid.

[40] Ibid. hlm. 46.

[41] Ibid.

[42] Ibid.

[43] Greg Philo and Mike Berry. 2004. Bad News From Israel. England: Chase Publishing Services, Fortescue, Sidmouth, Ex10 9QG. hlm. 22.

[44] J.N. Westwood. 1988. The History of the Middle East Wars. London. hlm. 17-21.

[45] The Islamic Cause of Palestine yang disediakan oleh IAP (International Appeal for Palestine). Sila rujuk laman web http://www.iap.org/politics/jers/iap-pal.html.

[46] Muhsin Muhammad Salih. 2001. Basic Facts Concerning the Palestinian Question Palestinian Return Centre. London. hlm. 6.

[47] Benny Morris. 1987. The Birth of the Palestinian Refugee Problem, 1947-1949. Cambridge. hlm. 254.

[48]Benny Morris. 1987. The Birth of the Palestinian Refugee Problem, 1947-1949. Cambridge. hlm. 262.

[49] http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/01/sejarah-perang-arab-yahudi.html

[50] http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/01/sejarah-perang-arab-yahudi.html

[51] http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Enam_Hari

[52] http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Enam_Hari

[53] Kaum Muslimin dan Yahudi menghormati dan mencintai nabi-nabi yang sama Nabi Ibrahim (Abraham), Ishaq (Isaac), Yusuf(Joseph), Musa (Moses) atau Daud (David), Alaihumassalam adalah nama-nama yang sama pentingnya bagi umat Muslimin begitu juga dengan Yahudi. Seperti mana diceritakan dalam subtajuk One God, From Many Religions. Anton La Guardia 2001, Holy Land Unholy War Israel and Palestinians, John Murray Publishers Ltd, Albemarle Street. London. ms 17-61