Sunday, May 2, 2010

“Awak tu cikgu…cikguu…cikguuu… fahammm!!!!.....”

Assalamualaikum

kpd yg sudi membaca…..

Post kali nie khas utk rakan seperjuangan yg bakal b’gelar “Cikgu” insyaallah….

Sblm tu sy nak kongsi cerita zaman muda-muda.. emmm.. maksud sy waktu zaman sekolah..

Darjah 1;

Sa syg kat 1 org cikgu pmpn, cikgu nie lemah lembut, sopan, baik hati plk tu. Plg penting bila sy nanggis msT dia pujuk pas 2 blh bg gula-gula gan belanja mkn kat kantin lg..hihihihi... Tiap-tiap hari cikgu nie mesti bagi kerja sekolah melukis dan mewarna.. waktu tu sy plg suka lukis.. sbb msh knk2 riang sy pun lukis la org mcm lidi, matahari ada mulut, awan t’senyum,.. cikgu tu pun puji “pandainya.. comel mcm orgnya” sa pun semangat la walaupun sebenarnya lukisan tu serupa kesan cakar ayam…. dlm otak sa waktu tu “bila besar nanti sy mo jadi mcm cikgu”

Tingkatan 4;

Bila sampai kat alam dewasa nie, suasana lain sikit.. sekolah Bandar katakan, zaman pun da moden.. Pas tu adalah beberapa orang cikgu perempuan.. memang cantik, solid, seksi, mengoda, baju-baju memang “up 2 date’ la klu pnh tgk “good monik cikgu” mcm tu la. Bila msk kelas bdk lelaki msti bisik-bisik

“fuyoooooo….mantap… Cunnn… nie klu dapat, sumpah pompuan lain aQ tdk tgk”..

Pastu budak-budak pompuan mula la sibuk cari baju sebijik mcm bju cikgu tu, perangai 101% tiru cikgu tu. Cikgu lelaki plk gan gaya macoo, bergaya.. klu cikgu yg cukup pakej suami mithali tu blh la pasang angan-angan

“nie klu esk2 cri husband biar mcm cikgu…tuttt….”

Tp klu harap muka gan gaya ja macoo msk kelas mencarut pas sekolah sibuk jd palyboy, msk kelab mlm “tarian tango”, siap makan rokok lagi… hancurrrrr.. Pelajar lelaki pun mula la ckp “ala cikgu.. tutttttt… pun sama”

Universiti (sekarang) ;

Bila da msk U nie.. x tau mo ikut mcm siapa lagi.. sbb teda sdh “cikgu” yg ada pun p’syarah yg sdh tua, takkan mo ikut drg. Lebih-lebih lagi bila dah ambil “pendidikan” . Dimana waktu nie la kena berlatih membina perwatakan “cikgu”. Mula la belajar pakai baju kurung, pakai sopan-sopan, kemas-kemas, bljr sopan santun. Pas tu adalah pensyrah tu dikenali sebagai Dr Hairy… satu hari waktu kuliah t’lontar ayat nie dari mulut beliau

“ kmu nie dah besar perangai mcm budak- budak.. klu mo buat sesuatu fikir dulu jangan hentam saja”

“kmu tu cikgu.. cikgu..cikgu… faham”.

Semenjak tu sblm sy wat sesuatu perkataan “cikgu” sentiasa berlegar-legar di fikiran.

Cthnya “ tak kan cikgu mo ponteng kuliah”

“takkan cikgu cari gaduh”

“cikgu buat benda-benda tidak senonoh”..

semuanya cikgu..cikgu..cikgu…

Pengajaran daripada montage nie sbenarnya sy nak bg tau betapa pentingnya “perwatakan” seorang guru… sebab guru merupakan “rolemodel” . Setiap pergerakan guru akan menjadi perhatian dan ikutan kepada pelajar. Sebab tu la bila ada isu yang berkaitan “guru” konfom akan m’dapat liputan dan perhatian masyarakat. Cthnya “guru di tangkap khalwat”.. “guru memukul pelajar”.. “guru pengedar dadah”.. “guru di serbu dalam kelab malam” …. Tp bila berkaitan dengan profession lain tdk pula heboh. Tidak ada pula kes “hakim ditangkap khalwat” “Doktor ditangkap di pusat judi” klu ada pun tidak pula diletakkan profession sebagai tajuk utama.

Buktinya diantara tajuk utama akbar yang mampu saya cari melalui News Paper : (kita focus perkataan “guru” dalam tajuk utama)

Guru 50 Cuba Rogol Pelajar

KOTA BHARU: Seorang guru berusia 50 tahun dari Sekolah Menengah Rantau Panjang dituduh cuba merogol, mencabul seorang pelajar perempuan dan memiliki bahan lucah.
( petikan dari Sinar Harian24 Feb 09)

Guru Makan Luar Walaupun Sudah Bersuami Dan Beranak 2

KUALA LUMPUR: Ayu wajahnya manakala kerjayanya dianggap mulia, namun peribadinya tidak seiring dengan kelebihan itu. Ahad lalu, sekitar jam 2 pagi, wanita berusia pertengahan 30-an itu yang bekerja sebagai guru dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki bukan muhrim di sebuah rumah. Lebih mengejutkan, apabila disiasat, guru terlampau itu rupa-rupanya isteri orang dan mempunyai dua anak.

(Sumber dari Berita Harian Metro)

Gigitan Cinta Ustazah Khalwat

JOHOR BAHRU: Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

(Sumber Berita Tempatan 13 Mac 10.)

Guru ditangkap khalwat dengan pelajar

JITRA 10 Mei – Seorang guru sebuah sekolah menengah di Jitra ditangkap khalwat dengan pelajarnya yang berusia 16 tahun dalam sebuah kereta di kawasan kuari tanah, Guar Arang Changlun.

Guru Mengedar Dadah.

Isnin lalu, seorang guru bersama isterinya ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan pendedaran pil dan ganja di sebuah sekolah ekoran pengakuan tiga daripada 12 pelajarnya yang didakwa mendapatkan bekalan daripada seorang guru.

(Sumber My Metro 29 april 10)

Belum campur lagi sikap guru2 yg macco menyedut rokok berjenama di kawasan zon larangan merokok ( Dunhill, Marlboro, Benson & Hedges… gaji bnyk-bnyk mo buat apa) …. belum msk lg guru2 yg keluar msk disko tiap malam menari ronggeng….. berdating tepi tangga, lum tolak lgi gan masalah-masalah pelajar aliran “pendidikan” yang sedang giat melibatkan diri dalam mslh sosial…. Terlalu banyak untuk sy taip. Taip saja lah… apa-apa masalah berkaitan dengan guru… dari sekecil-kecil kesalahan hinggalah sebesar-besar kesalahan.. sy yakin dan pasti agen carian “google” “yahoo” tidak akan mengecewakan anda.

Daripada tajuk-tajuk utama nie menujukkan betapa popularnya pekerjaan guru.. betapa masyarakat mengambil berat kepada “guru” hingga sanggup membuat publisiti besar-besaran . Tp bila guru buat benda baik tidak pula heboh. Tolak tepi populariti nie, kita buka minda ke masa depan…… bukankah isu-isu ini jelas menunjukkan betapa pincangnya profession perguruan????

Ataupun mungkin menunjukkan betapa “tingginya peningkatan dalam profession ini” kerana guru sudah mampu menyahut cabaran “Malaysia Boleh” hingga mampu tampil dengan pelbagai masalah sosial. Persoalannya di sini bagaimanakah guru-guru ini mampu mendidik anak bangsa? Pernahkah anda mendengar peribahasa yang berbunyi “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”… jadi adakah pelapis-pelapis yang akan dilahirkan dari guru-guru ini 10 kali “lebih maju” daripada guru mereka? Mugkin ramai yang m’gatakan

“alah separuh ja cm tu, bukan semuanya”..

Perkataan “separuh” sebenarnya merujuk kepada berapa ramai? Sedangkan sekiranya difikir jumlah yang mengisi akbar2 hanyalah 2%. Jumlah ini tidak termasuk guru-guru yg semangnya “open mind” menunjukkan “perangai buruk mereka”.. dan tidak termasuk dengan guru-guru yang sedang menjadi “serigala berbulu ayam”.

Bila profesion perguruan bukan lagi menjadi satu bidang yang hanya diceburi oleh mereka yang didorong oleh minat sebaliknya disebabkan kekurangan pekerjaan, gaji lumayan, tersedian kemudahan. Mulalah belaku konflik dalaman “Tangungjawab vs nafsu”…..

Kesimpulannya… buat mereka yang sudah bergelar “cikgu” sebelum mengambil sebarang tindakan ingatlah “awak tu cikgu…..cikguu..cikguuuu…faham!!!!” . Buat rakan seperjuangan yang akan menceburi bidang pendidikan “fikir-fikir” kan lah sama ada anda mampu menjadi “guru bitara”. Klu rasa tidak tu anda ada 2 pilihan. Pertama belajar perbaiki kelemahan, kedua hentikan pengajian dan tukar bidang lain. Jadi guru biarlah dengan niat ikhlas….. pic….