Friday, November 11, 2011

11.11.11 keindahan nombor ciptaan Allah s.w.a


Assalamualaikum semua....

Harini 11 November 2011

dipendekkan menjadi

11.11.11

cantik nombor nie kan... 

kadangkala manusia menjadi taksub dengan no2 cantik seperti
01.01.01
10.10.10
11.11.11
 untuk dijadikan tarikh keramat dalam hidup mereka,
p/s jgn terlalu taksub dgn angka hingga menimbulkan kepercayaan murtad....

Allah s.w.a menciptakan nombor2 ini dengan keindahan tersendiri

cthnya
Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh
1.1.11, 11.1.11,1.11.11, 11.11..11
cuba ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda
dicampur dengan umur anda tahun ini
hasilnya pasti 111

subhanallah hebatnya kuasa Allah s.w.a
setiap nombor ada keunikan tersendiri....


disini saya ingin berkongsi 1 hasil penulisan sahabat bloger 
yg telah sy baca dan ingin sy kongsikan bersama semua,
http://puteraesqandardairy.blogspot.com/2011/05/pengiraan-rahsia-kejayaan-muslim.html

PENGIRAAN RAHSIA KEJAYAAN MUSLIM


1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

KNOWLEDGE

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

 subhanallah
indahnya ciptaan Allah s.w.a menunjukkan kekuasaanya melalui keindahan nombor.
sesungguhnya ilmu itu milik Allah s.w.a
Dia berhak menyembunyikannya dari maklukNya,
tetapi Dia juga berhak memberikannya.



Sunday, November 6, 2011

"Selamat Menyambut Hari Raya Korban"

  Assalamualaikum semua,,,,,
Hari nie 6 November 2011
bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432M mengikut kalendar islam
seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidil adha , so pemilik blog m’gambil kesempatan utk m’gucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada semua umat islam walau dimana pun anda berada (senyuman paliang manis ye)
dear,,,
my mother Hajah Nariah, my father En Mahi, adik2 yg sdg m’besar, selamat menyambut hari raya korban.. Terima Kasih atas ssegala p’gorbanan yg diberikan 2k membesarkan seorang manusia bernama Fitrianie.

dear,,,
Teman2 nun jauh di Sabah tapi dekat dihati,
Teman2 di Secret Recipe 1Borneo,
Teman seperjuangan PreU Lantana Camara, Guru2 SMKBadaraya,
Teman seperjuangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, khasnya Group History Education
Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris,
 Barisan Kepimpinan IKSAS, Adik2 n Senior2 IKSAS yg disayangi,
 Barisan kepimpinan KARISMA, sahabat seperjuangan dan Adik2 di KARISMARIAN,
Barisan Kepimpinan dan pasukan sukarela  BSMM VAD58.
Teman Face Book dan Blog...
Nie kad ucapan raya “hand made”
on9 kad, save buget ye,


“sambil kita menyambut hari raya aidil adha sama2 kita muhasabah diri, sepanjang kita hidup berapa banyak sumbangan yang telah kita berikan kepada Agama”


 " ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBACA ENTRY SELANJUTNYA, TAPI ANDA JUGA BERHAK UNTUK TIDAK MEMBACA "
hari raya kali ni merupakan  hari raya paling suram sepanjang 2 tahun lebih penulis berada di rantauan,
tanpa alunan takbir menghiasi kesayuan malam raya,
tanpa keluarga tersayang disisi,
tanpa Tong gas 2k memasak di mlm raya.
 akhirnya, m'goreng ayam dlm rice cooker,





tQ  dahamarang yg sudi cari kedai then belikan kami tog gas malam2 buta.

tQ Liz patrik, eni shinoda, yg sudi temankan sy beraya di rumah... ini lah kwn, mereka yg bersama kita waktu susah, senang.... :)

tQ kpd Pn fairisha, pensyarah kami yang comel, cantik lg baik hati (bkn puji ye, x caya g skodeng FB)
pagi2 raya beliau bersusah payah menghantar makan untuk kami yang tengah kebuluran.
sekurang-kurangnya terubat jua rindu mkn "buras" pg raya nie...
plg penting dapat jua mkn ayam  pagi2 raya nie...
makanan memang sedap ye, pas nie beliau dicadangkan untuk m'buka restoran pula,









kesimpulannya, berjauhan dari keluarga bukanlah sesuatu yg mudah, 
tp kita kena hadapi jua, syukuralhamdulillah berkat sokongan org2 di sekeliling akan memberi kekuatan kepada kita. So pesanan bagi  mereka yang masih berpeluang merayakan aidil adha bersama keluarga, hargailah setiap detik anda bersama mereka.

to emy, miza, ain nuyuk, teha, fad, jgn lupa bwa ole2 yeeeeee.....
kakak2 senior  yg disayangi cepat lah pulang,,, rumah ini merindui kmu tp jgn lupa bawa sekali ole2...

sampai sini wt kali ni,
akhir kata, 

"selamat menyambut hari raya korban"



Friday, November 4, 2011

Cerita Cintaku : Penawar buat hati yang gundah

 Assalamualaikum kepada sekalian makluk Allah s.w.a d muka bumi ini,

credit untuk manusia yang mampu menulis ayat2 seindah ini,
Menjadi penenang buat hati yang gundah, dikala diri tidak mampu berdiri sendiri.
2k sesiapa yg berhadapan dgn situasi yang sama
sila renung-renungkan ayat2 ini
penuh makna.
 

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah &berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu &Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

semoga p'kongsian ini bermanfaat utk yg sudi membaca dan memahami.