Monday, November 1, 2010

halloween @ holloween....



assalamualaikum...... 
selamat subuhhhhhhhhhhh.....
lama x update blog... rindunyaaaaaaaaaaa......
subuh nie suasana sunyi,,,, cengkerik menyanyi-nyanyi...
sejuk mengigit sampai ke sum-sum tulang... ayat sastera di situ ye...
seramnya.... tidak dapat tidoooo..... roomate sy plg sdh...
seram, seram,seram tido sorang2...
subuh2 seram nie jom cerita2 ttg hallowen...

 HALLOWEEN....  eeemmmm apa tu? 


Menurut sebuah artikel yg sy baca...

“Halloween or Holloween is a holiday celebrated on the night of October 31 in most countries.”

Tradisi holloween telah dibawa masuk ke Amerika Utara pada abad ke-19  oleh orang Ireland. Menjelang abad ke-20 tradisi ini mula menjadi ikutan negara lain seperti United States, Canada, Ireland dan United Kingdom.
Menurut sejarawan Nicholas Rogers, tradisi holloween dikaitkan dengan unsur-unsur  pesta Rom Pomona, dewi buah-buahan dan bijian, atau lebih dikaitkan dengan kematian dalam“Festival Celtic Samhain” . “Festival Celtic Samhain”  berasal daripada perkataan Samuin (pronounced sow-an or sow-in). Nama ini diambil dari bahasa  Old Irish yang bermaksud "summer's end"  atau “akhir musim panas”.

Festival Samhain dirayakan diantara penghujung tahun  dan awal tahun baru yang dikenali sebagai  "Celtic New Year". Suatu perayaan yang serupa telah diadakan oleh masyarakat English kuno yang dikenali sebagai Calan Gaeaf (pronounced Kálan Gái av).

Pada akhir musim panas, setelah selesai musim menuai 
masyarakat Ireland dan Scotland  akan mambuat penyembahan kepada dewa mereka. Buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan haiwan akan dibakar dalam unggun api yang besar sebagai hadiah kepada para dewa dengan harapan tahun baru yang bakal menjelang akan membawa kejayaan kepada mereka.

Menurut kepercayaan masyarakat mereka, 
pada malam sambutan Samhain,  roh-roh orang mati akan muncul semula di bumi. 
Ketika itu orang yang masih hidup boleh membuat pertayaan tentang nasib mereka pada tahun yang akan datang. 
Mereka juga percaya, sempadan antara dunia manusia dengan dunia roh menjadi nipis pada malam Samhain, maka semua roh-roh jahat dan baik akan muncul dan berkeliaran di dunia manusia. 
Kebiasaanya, masyarakat akan menjemput roh nenek moyang untuk singgah di rumah mereka manakala roh yang jahat perlu dielakkan. 
Untuk mengelakkan roh berbahaya, mereka perlu menyamar dengan  mengenakan kostum dan topeng menyerupai roh-roh jahat.

contohnya.....
macam model2 dlm gambar nie.....

seksi dan agak mengoda di situ ye..

"couple gost zaman Firaun"

ada lg ye hantu sdg couple...


  sila hafal formula ; bapa hantu + mak hantu +anak hantu = family hantu-hantu.

selain tu ada gak costum cute-cute tuk kanak-kanak & Baby..

buruknyaaaaaaaaaaaaaa..... bg free pun sumpah sy x pakai......


  custom yg comel untuk baby2 yg comel.....

kecomelan hak milik setiap baby...hihihihihi

Tapi.... Klu baby nie anak sy.... sy x sangup pakaik' custom 2 kat dia... kasihan penderaan fizikal, mental dan emosi.....
pesan 2k mak bapa baby nie ; wei,,,,, korang ingat baby 2 x panas b'balut custom monyet 2!!!



sambung story kita balik...
“Jack-O-lantern” atau ukiran labu yang diterangi lilin di dalamnya merupakan salah satu simbol yang paling menonjol di Amerika ketika Hallowen.
Aktiviti lain ketika Holloween ialah menonton filem @  membaca seram, mengunjungi rumah-rumah seram, ukiran labu, mengenakan kosum dan topeng seram, pesta unggun api, menakut-nakutkan orang ramai seta permainan “trick or Treat”.
 
“trick or Treat” merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk meminta hadiah dari rumah ke rumah.
Aktiviti ini juga dikenali sebagai “beggar night” ataupun  “pengemis malam”. 
Di Amerika Utara, United Kindom dan Ireland kanak-kanak kebiasaannya akan mengelilingi rumah-rumah penduduk pada malam Holloween dengan mengenakan kostum menakutkan sambil mengeluarkan bunyi yang menakutkan. 
Mereka akan mengetuk pintu rumah sambil berkata “trick or Treat”. 
Pemilik rumah kemudiaanya perlu memilih trick- diamana pemilik rumah perlu bergurau, bermain permainan seram dengan kanak-kanak, 
ataupun memilih treat-  memberi gula-gula, biskut, kek mahupun barangan Halloween kepada kanak-kanak.  
 Tradisi “trick or Treat”  berasal dari Ireland and England yang diamalkan pada abad pertengahan, ketika orang miskin akan pergi dari pintu ke pintu untuk meminta makanan sebagai ganjaran mereka berdoa untuk roh orang mati.
selain custom yg menakutkan.... makan dan minuman juga direka khas menyerupai benda2 menyeramkan....


jeng..



jeng..




jeng..





mcm............ Tulang 


hari 2 tgk wyg cannibal...
tengkorak manusia bila da buang kulit gn rambut... 
serupa mcm nie tau... x tipu...

 
nie pulak serupa dgn jari yg dikerat-kerat...

otak manusia kan.....

 
entah.. serupa gan apa.... fikir sendiri...
wek....wek..wek... 
semua makan di atas bg free pun sy x makan..... 
kecuali yg kat bawah nie..

haaaaaaaaa....... 

nieeeeeeeee....

dia......

sedikit m'yeramkan.... 
dan ini..
hampir-hampir comel.... tp puding nie serupa gan kubur.....
emmmm agak comel.....
sedikit comel.....
  comel... mcm labu kan.....


yeahhhhhhh.....  paling comel.....
sebenarnya... banyak lg benda yg dorang wat sempena sambutan holloween nie.... 
tp sy mls da mo cari maklumat...
rjn2 nanT, korang ringan-ringankan tgn gi cari kat internet ya...
caranya...
1. msk googlee
ke2. tekan images ...
ke3. taip "holloween"...
ke4. Bila muncul banyak2 images.... klik mana2 yg berkenan...
ke5. Save as image dalam folder
ke6. ciplak nama anda atas picture td.. cth "taurusgulz89.blogsport.com." tp tidak digalakkan...
OK la... itu saja untuk subuh nie....
gantuk sdh... esk kena bgn awal walaupun study week da mula..
coz esk kena gotong royong 2k majlis esk.

majlis Makan Malam Bersama Semester 7.
tema majlis  " Sejambak kasih serumpun kenangan"
tema ; Holloween... agak2 la kan...
 jemput datang ramai-ramai ya... tp mesT byr lu......
Kesimpulannya perayaan holloween agak menyeramkan dan tidak sesuai untuk disambut oleh masyarakat Malaysia....
 
k laaaaaaaaaaaa,...... salam subuh..
mimpi indah.....