Wednesday, November 10, 2010

air dan kesihatan......

assalamualaikum....

malasnya... Harinie "course registration" ... memang tekanan gila2..... sementara tunggu line "my sis" yang tidak clear2.... baik saya update blog.... 

ok la semua harinie entry tentang  air dan kesihatan kita ya........  jommmmmm

oppsssss : sebelum tu ingin sy tekank'.. hak cipta terpelihara... sumber rujukan buku, jurnal, encyclopedia, laman web t'pilih yg dipilih... okkkkkkk..... 


sumber gambar : copy di internet..


Kepentingan Air
  1. Membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
  2. Menjaga kesihatan kulit dan rambut .
  3. Menghindarkan berlakunya pendehidtratan  
  4. Air melaraskan suhu badan kepada 24-27darjah Celsius  
  5.  Melancarkan pergerakan sendi dan membrane
  6. Melangsingkan badan kerana air tidak berkalori, bebas lemak, bebas kolesterol  dan rendah natrium. 
  7. Meningkatkan kesuburan dan proses kehamilan. Air merangsang produksi hormon testoteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita.
 
Fakta
  1.  Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air dan membentuk kira-kira 55 peratus hingga 75 peratus daripada berat badan.
  2. Badan manusia mengandungi 6 trilion sel, yang setiap satunya terapung dan dipenuhi dengan bendalir. Air menghidrat dan menyaluri berjuta-juta sel ini, dan diperlukan untuk lebih 90% daripada proses biologi dan kimia yang berlaku.
  3.  Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.

 
Tips kesihatan
 
  1. Orang sihat memerlukan minimum 8 gelas sehari atau 2 hingga 2,5 liter sehari. Bagi mereka yang mengalami obesitas, perlu minum segelas air ekstra untuk setiap kelebihan 10 kilogram dari berat badan ideal. sebaliknya penderita penyakit tertentu seperti gangguan jantung atau gangguan fungsi ginjal, doktor menyarankan untuk tidak terlalu banyak minum air. 
  2. Pengambilan segelas air putih setiap hari sebaik sahaja bangun daripada tidur dapat mengelakkan penyakit, khususnya penyakit kencing manis. Selepas tidur semalam, tubuh badan kita mula kekurangan air. Semasa bangun pagi, kita harus minum segelas untuk membantu ginjal dan hati menawar racun.  Ambillah sarapan sekurang-kurangnya setengah jam selepas air memasuki setiap sel dan metabolisme. Maksudnya jangan makan apa-apa selagi tidak minum segelas air. Ok.
  3.  Amalan meminum air sejuk selepas makan tidak elok untuk kesihatan. Air sejuk akan melikatkan minyak yang di makan bersama hidangan dan melambatkan lagi proses pencernaan . Gumpalan minyak  bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada obesity, serangan jantung, kanser dan lain-lain lagi.
  4.  Mereka yang ingin berdiet boleh meminum air suam sebelum makan. Dengan meminum air suam sebelum makan, akan membuatkan anda merasa kenyang dan menggurangkan selera makan.  

 


 bentuk molekul air heksagonal.


Menarik di dunia tentang air.

Terdapat beberapa tempat yang dikenali sebagai "Perkampungan Lanjut Usia", penduduk-penduduk di situ dapat hidup sehingga kira-kira usia melebihi 100 tahun. Hasil kajian mendapati salah satu faktor penting yang menyumbang kepada tahap kesihatan dan kepanjangan usia ini ialah sumber air yang datangnya daripada ais dan salji di Banjaran Himalaya. Air Salji tergolong dalam kategori air heksagonal. Air jenis ini memiliki rangkaian molekul yang terstruktur, berbentuk segi enam sehingga disebut heksagonal. Air jenis ini lebih mudah diserap tubuh, lebih cepat menghantar nutrisi untuk seluruh tubuh, membuang racun sisa metabolisme, serta akan mengoptimalkan metabolisme tubuh. Secara semulajadi, air ini terdapat dalam sumur air zamzam di Mekah, di pegunungan Alpen, Swiss, dan di Lourdes, Perancis.

                                 molekul heksagonal air salji        molekur heksagonal air Zam - zam.

kesimpulannya. 

.....air itu penting....
....... minum la air..........
....secukupnya....
......tiap-tiap hari.....
klu korang mo hidup sihat dan panjang usia tinggal la kat tempat yg ada air heksagonal...
 kawan2... yg sedang stress  gan "course registration" jom minum air.
yeaaaaaaaahhhhhhhhhh