Friday, April 30, 2010

Buat Mereka yang "bertitle wanita".........

Sy mgkn bkn t’golong dlm kalangan mereka yg alim @ tahu tentang agama…. Apalagi utk b’cakap baik, buruk, dosa dan pahala…
Cuma tiba-tiba… hati kecil nie t’fikir….
Klu sy boleh percaya gosip dan apa yg di tulis oleh surat khabar, sy sepatutnya lebih Yakin, Percaya dan Pasti pada apa yg tercatit dlm al Quran"
Klu sy boleh b’chating dgn kawan-kawan berejam-rejam tidak mgkn sy tidak sudi meluangkan masa untuk menaip “post” bunsur agama ini cuma untuk 10minit.
Klu sy boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan madah kata, kesemua tempat tdk sangup rasanya bagi sy merasa berat utk berkongsi dan m’hantar “post” yang berunsur agama…
Dan klu saya sendiri (khasnya) dan anda sanggup meluangkan masa berejam-rejam membaca hiburan, kenapa kita tidak sanggup m’luangkan 2 minit untuk membaca apa yg saya post ini.
Dan berapa banyak pula yg sangup m’yebarkannya kepada org lain selepas membacanya.. sama seperti menyebarkan gosip mahupun cerita picisan… wallahuaallam….
saya sampaikan pesanan ini buat diri saya sendiri (wajib) dan semua yang bergelar wanita di luar sana... ( sebenarnya sy copy 4file seorg "lelaki" .. hihihihihihihihi.... ilmu kena kongsi)
jom kita baca........

Buat mereka yang "bertitle" wanita....
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu.
Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.
“Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.”
Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini
Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.
Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri. Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur.
Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah.Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.
Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.
WANITA IBARAT SEBIJI EPAL
Epal yang tidak berkualiti.
Amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi…………….
Epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak.
Sukar dipetik, susah digapai.
Terkadang epal itu risau,
Kenapalah diriku belum dipetik,
Lantas ia merendahkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah s.w.a jadikan begitu tinggi martabatnya, elok sifatnya..
Sehinggakan…. Tiada siapa yang berani memetiknya,
Hanya, pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang bisa memperolehnya.
Mungkin bukan di dunia, tapi mungkin di akhirat..
Janji Allah s.w.t adalah pasti,,,,
Insyaallah..
"Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri,
bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan
bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki,
tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…
untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."