Sunday, October 2, 2011

Jelajah sabah edisi musim raya


 Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmm.....

Senyuman paling ikhlas
buat semua teman2 yg masih setia menunggu entry...
Setelah 4 purnama mood utk "m'update" blog tidak kunjung tiba.. semester break mood yeee ,
Akhirnya berkat kegigihan didorong oleh kerinduan yg mencurah-curah, kudrat yg hanya tinggal secubit digagahi juga untuk menaip tiap patah perkataan...
saat ini sedang sibuk membersihkan blog yg dipenuhi sampah sarap, habuk, dan sawang labah-labah...
huuuuuuuuu..... kesalahan tatabahasa di situ ye... it's ok
Walaupun sekarang hampir 3 minggu kuliah bermula...
kesibukan melanda tapi mood cuti masih ada...

story kali ni membawa semua berjalan-jalan di Sabah.
Beberapa hari sebelum menjejak kaki ke Tanah Melayu @ Tanjung Malim @ TM
mood untuk menjelajah sabah tiba-tiba bertandang. Berkat kebenaran dan ehsan dari EN.Mahi, bapaku tersayang akhirnya impian tertunai... TQ so muchhhhhhhhhhh..
Hari raya ke2, Perjalanan bermula seawal jam 6am dari Kota Kinabalu
menuju ke Lahad Datu, Sandakan,Tawau dan akhir sekali Samporna.......
sila masuk ke google untuk untuk melihat peta sabah ya....
utk yg x pernah pergi, jauh tempat-tempat ni lebih kurang dari KL ke Johor dan singgah di tiap2 negeri,,,

Antara tempat yang menarik di sana ialah salah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Kunak....
"Kampung Pangkalan"
Berkat belas kasihan daripada Pakcik Mohamad dan anaknya "liz Patrick"
merangkap rakan seperjuangan, serumah, sekelas, dan adik beradik kepada "Sewaktu dgnnya"  
sy berpeluang menjejak kaki di tempat yang sangat menarik nie...
sepanjang berada di sana sy dapat melihat aktiviti menjemur "ikan bilis" ikan masin, @ lebih kepada produk hasil laut yang telah dikeringkan....





















"gala" ni untuk mengangkat ikan bilis dari dalam laut sebelum dijemur ya...


Eni Shinoda........ excited jemur ikan....



"merasai sendiri pengalaman berjemur di tengah panas menjemur ikan bilis"









Ikan nie paling menarik....... jarang jumpa yg segar mcm ni di Tanjung Malim....

Kecur air liur.. cecah dgn sambal lada......
Makcik yg paling Sporting..... x kering gusi dgn cerita.....




Destinasi keesokan harinya..... "Samporna mari"
TQ to kwn ku butter prawn dan juriah.... yg sudi menjadi jurupandu tidak berbayar di sana...
Ditengah-tengah bandar samporna antara kawasan menarik yang sempat sy singgahi ialah "pusat pelancongan lautan samporna"



Melihat ikan.....
Untuk penegetahuan semua  ikan-ikan ni berumur 40 tahun, bersaiz hampir separuh dari saiz badan sy,
maksudnya ikan-ikan ni perlu bertahan untuk hidup selama 40 tahun lagi untuk menyamai saiz badan sy....
sesuai untuk lauk kenduri kawin, konfom  x habis makan...













Liz Patrick.... Norhaliza mohamat...
"Juriah" senior kami...
Nawar  @ lebih dikenali sbgai Butter Prawn, sempena mknan kegemarannya ..

Sepanjang berada di Samporna beberapa perkara menarik bg saya ialah
1) Rumah orang-orang di samporna besar-besar. Kmu tidak akan dapat membezakan antara masjid dengan rumah, bangunan kerajaan dengan rumah, sebabnya rumah2 drg lg mewah, besar n cantik...
2) "pusat pelancongan lautan samporna" yg terletak di tengah-tengah kesibukan bandar.
3) Keindahan Pulau Mabul yg tidak sempat dilawati..... coz atas arahan dari "sponsor" x blh plg lewat2 jd  tiket da dibeli.. jam 9pm berangkat pulang ke kota kinabalu dan sampai jam 8am keesokk' paginya. :( 


kesimpulannya...... "jelajah sabah edisi musim raya"  mission complete.........
next target semester break  "Pulau Mabul Mariiiiiiiiiiiii"......

untuk yg membaca entry jgn jealous2, jgn sedih2, dgn adanya  promosi tambang murah "every one can fly" kumpul duit jom g sabah.......

okkkkk.... sampai sini dulu ya.... kena siap2 utk kuliah esk....
byeeeeeeee....