Friday, April 30, 2010

.: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT :.

harinie sa dpt 1 lagi story dpd seorg insan yang sy kenali sebagai "Cyruspetra"...,,,, m'gisahkan tentang kisah cinta antara langit dan laut.......




.: CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT :.


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.

Mereka saling menyukai di antara satu sama lain.

Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit.

Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit.

Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan.


Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama.

Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut.

Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja.

Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut.

Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil.

Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah- pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit.

Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.

Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.

Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.



k la, i2 ja sempat sa taip wat kali nie, jap lg ada exam.... takut2... mo baca buku jap.... (^^)
jumpa lg....

Buat Mereka yang "bertitle wanita".........

Sy mgkn bkn t’golong dlm kalangan mereka yg alim @ tahu tentang agama…. Apalagi utk b’cakap baik, buruk, dosa dan pahala…
Cuma tiba-tiba… hati kecil nie t’fikir….
Klu sy boleh percaya gosip dan apa yg di tulis oleh surat khabar, sy sepatutnya lebih Yakin, Percaya dan Pasti pada apa yg tercatit dlm al Quran"
Klu sy boleh b’chating dgn kawan-kawan berejam-rejam tidak mgkn sy tidak sudi meluangkan masa untuk menaip “post” bunsur agama ini cuma untuk 10minit.
Klu sy boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan madah kata, kesemua tempat tdk sangup rasanya bagi sy merasa berat utk berkongsi dan m’hantar “post” yang berunsur agama…
Dan klu saya sendiri (khasnya) dan anda sanggup meluangkan masa berejam-rejam membaca hiburan, kenapa kita tidak sanggup m’luangkan 2 minit untuk membaca apa yg saya post ini.
Dan berapa banyak pula yg sangup m’yebarkannya kepada org lain selepas membacanya.. sama seperti menyebarkan gosip mahupun cerita picisan… wallahuaallam….
saya sampaikan pesanan ini buat diri saya sendiri (wajib) dan semua yang bergelar wanita di luar sana... ( sebenarnya sy copy 4file seorg "lelaki" .. hihihihihihihihi.... ilmu kena kongsi)
jom kita baca........

Buat mereka yang "bertitle" wanita....
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu.
Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.
“Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.”
Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini
Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.
Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri. Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur.
Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah.Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.
Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.
WANITA IBARAT SEBIJI EPAL
Epal yang tidak berkualiti.
Amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi…………….
Epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak.
Sukar dipetik, susah digapai.
Terkadang epal itu risau,
Kenapalah diriku belum dipetik,
Lantas ia merendahkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah s.w.a jadikan begitu tinggi martabatnya, elok sifatnya..
Sehinggakan…. Tiada siapa yang berani memetiknya,
Hanya, pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang bisa memperolehnya.
Mungkin bukan di dunia, tapi mungkin di akhirat..
Janji Allah s.w.t adalah pasti,,,,
Insyaallah..
"Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri,
bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan
bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki,
tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…
untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."


Thursday, April 29, 2010

Kopi Masin – Kisah Cinta Manusia Biasa….

Hari nie sy mo kongsi 1 cerita…cerita nie sy dpt dri seorg kwn kat imesh yg m’gunakan nama pgglan Cyruspetra. Menurut beliau nama nie gabungan Cyrus dan Petra. Cyrus tu merujuk kpd nama agung Zulkarnain manakala Petra pula merujuk kepada nama bangunan yang dicipta melalui bukit yang mana diatas Petra terdapat makam Nabi Harun a.s yang sangat cantik. Entah kenapa sy t’tarik 2k melihat 4file beliau, bila sy baca 4file 2 sy t’tarik gan cerita yg cuba disampaik’ beliau kpd org yg sudi m’baca… sngt menarik dan sy rasakan p’lu utk sy b’kongsi crita nie gan smua org… hayatilah moral yang terkandung dlm cerita ini..…… (^^)






Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan.

Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang laki-laki biasa.

Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya.

Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya.

Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya.
Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman.

Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.

“Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang”, kata si gadis dalam hatinya.

Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, “Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya.”

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.

Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, “Kebiasaanmu sangat aneh?”.

Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut… masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini”, jawab si laki-laki. “Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana”, lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya.

Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya…Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan.

Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian…kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.
Untung saja ada kopi masin ! Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia…

Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya: “Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu tentang kopi masin.
Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya.
Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu…

Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi.”

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu. Suatu hari seseorang telah bertanyanya, “Bagaimana rasa kopi masin?” Si gadis pasti menjawab, “Rasanya begitu manis.”





Moral: Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi… insyaallah… bnyk lg moral yg blh diambil oleh saya sendiri dan anda yg sudi membaca..

Wednesday, April 28, 2010

5 perkara penting tentang sa….


1. Nama sa Fitrianie Binti Mahi. Mksdnya sa putri en. Mahi…..

Crita sikit sejarah nama sa nie (sa suka bab2 sejarah nie). Menurut mak sa gan saksi2 yg lain sa nie lahir malam Raya Aidil Fitri, mlm takbir waktu orang sibuk takbir kat masjid… jd bapa angkat sa merangkap imam masjid gn org2 kg. setuju bg nama “Fitri” tp agak ganjil mcm nama lelaki plk… jd tambah la nama “anie” kat belakang menjadikan nama sa “Fitriani” tp bila wat sjl kelahiran nama sy jd “putriani binti mahi”..hihihihihihihi… Bapa sy pgl bie, mak gan adik2 pgl pie, jiran2 pgl fifi.. ada gak pgl putri… anie… emmm tp plg popural “fit” …… up 2 u…..(^^)



2. Dilahirkan pada 5 mei 1989…


Jd x ya la sy g tau brapa umur sy.. bintang apa… klu rajin2 tu g la cari kat “rahsia bintang kelahiran” tp jgn percaya sgt… syirik….




3. Land below the wind…. Tmpt kelahiran sa… 4 more information clik….


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Kinabalu

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kinabalu


ada rezeki korang nanT, g la melancong kat sabah.. bnyk tmpt menarik… mgkn sa blh jd "pemandu pelancong"




4. Status : Single but not available… it’s not a fairy tales , 21thn da hidup tp tak pnh ada Teman Lelaki lg… tp bnyk kwn lelaki…. 10 alasan:


1) X cantik….. mmg la tdk cntk tp rmai lg org tdk cntk tp ada bf jua…..

2) Hodoh kot… kuang..kuang..kuang…emmmm rasanya tidak la……

3) Tak da lelaki berani ckp “I love u”…… hihihihihi

4) Tak da lelaki t’pikat… no komen....

5) Jual mahal….. ya la tak kan jual murah kan… ingat mak sa bsrk’ sa mcm pelihara ayam.. nie manusia tau…

6) Teda pinangan…. bnyk da pinangan yg di tolak (alasan “mak sa msh muda” …“mo study lg”)

7) Teda komitment 2k ada couple…. Bnyk banda lg kena wat, kena fikir, nanT tak terjaga ank org d buat sa…

8) Life begin at 25.. lama lg… kita enjoy dulu…

9) Kwn sy ckp sy nie trip cantik…. Hehehehehehehehe mana ada…..

10) Byk lg alasan tp yg plg pntg prinsip hdp sa “Lelaki pertama jadi bf sy msT jd suami sy”….. teda lelaki berani bila dgr ayt nie.

11) Apa lg ya????? Tlg bg pendapat…………..


5. Sa sgt m’hargai hidup sa… bg sa “every single moment in my life is beautiful” coz “hidup ku begitu berharga”..…….. walaupun “aQbuKanPuteRiKepaDaRaja”

Tuesday, April 27, 2010

Akhirnya.......buat pertama kalinya

Assalamualaikum..........


Alhamdulillah…… buat pertama kalinya… hati sa t’buka 2k postkan sesuatu kat blog sa nie..
Walaupun sebenarnya da lama daftar tp tak post2 pun apa2 sampailah hari nie… kwn2 demam gan blog.. smua sibuk wat blog jd sa pon join skali. Diharapkan pas nie.. sa akan b’sunguh-sungguh untuk “up 2 date” blog sa.


yaeaaaaaaaaaaaaaahhhhhh…….